in

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET RM150 2022: Panduan Redeem EBelia Guna Aplikasi Boost

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET RM150 2022

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET RM150 2022: Panduan Redeem EBelia Guna Aplikasi Boost.

Apakah program eWallet eBelia?

Melalui pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini, kerajaan memperkenalkan program eBelia khusus untuk golongan belia dan pelajar IPT.Golongan ini akan memperoleh bantuan eTunai sebanyak RM150 yang boleh ditebus menggunakan 4 eWallet yang tersenarai.

Empat eWallet tersenarai yang boleh digunakan untuk menebus bantuan eBelia RM150 ini adalah ShopeePay, Boost, BigPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Baca juga disini: eSTART:CARA MOHON E WALLET RM150 (Panduan Register Transaksi Tanpa Tunai Untuk Belia.

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET RM150 2022: Panduan Redeem EBelia Guna Aplikasi Boost.

Berikut maklumat yang akan dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan bantuan eWallet yang diberikan oleh kerajaan.

Syarat Permohonan

  • Berumur antara 18-20 tahun pada tahun 2022.
  • Pelajar IPT sepenuh masa pada peringkat Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia 4 (SKM 4) dan ke atas.

Cara memohon dan menebus?

Kerajaan telah memaklumkan, anda boleh tebus eTunai RM150 melalui mana-mana eWallet yang layak iaitu melalui Boost, Touch ‘n Go eWallet, BigPay dan juga ShopeePay.

Bagi melayakkan untuk buat penebusan, pemohon wajib upgrade mana-mana akaun eWallet yang anda pilih kepada akaun premium, dimana anda perlu daftar menggunakan nombor telefon peribadi, upload gambar ic dan gambar ‘selfie’ pemohon.

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Boost

Bila menggunakan Boost pastinya memudahkan pelajar IPT untuk berbelanja dengan RM150 ini di kampus masing-masing

Cara Daftar Akaun Boost

  1. Langkah pertama download aplikasi Boost di App Store, Play Store atau AppGallery
  2. Buka aplikasi Boost dan klik Register.
  3. Masukkan nombor telefon dan anda akan terima kod TAC yang perlu dimasukkan pada ruang yang disediakan.
  4. Penuhkan ruangan maklumat peribadi seperti nama, emel dan sebagainya.
  5. Tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi.
  6. Selesai.

Cara Verify Akaun Boost Premium

Jika sudah selesai daftar, anda perlu upgrade akaun premium untuk melayakkan tebus eBelia RM150. Caranya rujuk dibawah:

  1. Buka aplikasi Boost dan pada profile klik My Wallet.
  2. Kemudian klik pada Upgrade for Free.
  3. Seterusnya upload gambar MyKad anda beserta gambar Selfie dengan gambar yang kelas dan klik verify ID.
  4. Proses pengesahan akan mengambil masa 1 hari bekerja.
  5. Kemudian anda perlu tambah nilai sekurang-kurangnya RM20 ke dalam akaun Boost. Selesai

Cara Tebus eBelia RM150

  1. Pada halaman utama aplikasi Boost, klik banner eBelia.
  2. Proses pendaftaran dibuka pada Tarikh yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

Segala infon akan dikemaskini dari masa ke semasa atau boleh baca di group telegram yang memberikan info berkaitan bantuan Malaysia yang terkini

Telegram

Itu sahaja yang ingin dikongsikan, semoga bermanfaat kepafa adik-adik yang belajar di IPT bagi yang ingin ringankan beban.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JAWATAN KOSONG (MAIK) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN – Pelbagai Jawatan Disediakan!