PANDUAN DAFTAR LOGIN PLATFORM PKS (myassist.msme.gov.my) : Kaedah Register Dan Log Masuk Laman PKS.
Apa itu MyAssist MSME?
MyAssist MSME merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu PKS
mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat bagi menjalankan
perniagaan terutamanya pasca Covid-19.
Portal ini menyediakan pelbagai khidmat nasihat bagi menyokong peniaga mikro & SME. Antara khidmat yang ditawarkan ialah bantuan pembiayaan, penjenamaan & promosi, sokongan teknologi dan perundangan.
Komponen utama Portal MyAssist MSME
Pusat Maklumat
- Pengumpulan dan penyebaran maklumat mengenai insentif di bawah Pakej Rangsangan PENJANA serta program pembangunan PKS.
Khidmat Nasihat
- Khidmat nasihat daripada kaunselor perniagaan, pakar industri dan Agensi berkaitan.
Padanan perniagaan
- PKS juga ditawarkan sesi padanan dengan secara dalam talian dengan syarikat 2 multinasional (MNC), syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pasaraya besar, syarikatsyarikat terkemuka dari dalam dan luar negara
Ekspo perniagaan
- Ekspo jualan secara dalam talian juga diwujudkan bagi mempromosikan
produk dan perkhidmatan PKS di bawah modul ePameran.
Baca juga disini: CARA DAFTAR PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA (TELEFON PINTAR 4G PERCUMA)
PANDUAN DAFTAR LOGIN PLATFORM PKS (myassist.msme.gov.my)
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut kaedah daftar dan login platform PKS, sila rujuk dibawah:
Panduan Daftar (myassist.msme.gov.my)
Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar MyAssist MSME:
- Langkah pertama ayari myassist-msme.gov.my
- Kemudian tekan Log Masuk.
- Pilih Register.
- Isi butir-butir yang diperlukan iaitu: (Nama penuh, Emel, Login ID, Password, Retype password
- Selanjutnya tekan Register.
- Skrin akan memaparkan Registration Succesful. Anda dikehendaki untuk memeriksa email bagi tujuan verification.
- Pada emel anda, sila aktifkan akaun melalui pautan yang diberikan.
- Akaun anda akan diaktifkan dan anda boleh log masuk.
Cara Login di myassist-msme.gov.my
Setelah berjaya mendaftar, anda boleh log masuk untuk meneruskan urusan anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Layari portal myassist-msme.gov.my.
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Username dan Password yang telah didaftarkan.
- Tekan Log In.
Itu sahaja yang inging dikongsikan, beritahu rakan atau keluarga yang perlu tahu berkaitan maklumat diatas, Semoga bermanfaat.
Bca juga: Info Bantuan Kerajaan Malaysia