CARA DAFTAR AKAUN LUNO MALAYSIA: Panduan Buka Akaun Luno Dan Cara Guna.
Apa itu Luno Malaysia?
Luno Malaysia Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada syarikat tukaran aset digital (DAX) pertama di Malaysia, optimis mampu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam masa terdekat bagi membolehkan Luno Malaysia beroperasi secara sah dengan sepenuhnya
Luno Malaysia, anak syarikat Luno yang berpangkalan di London menyediakan perkhidmatan jual beli mata wang kripto dan sehingga kini, syarikat itu sudah mempunyai lebih 2.5 juta pelanggan di seluruh dunia.
CARA DAFTAR AKAUN LUNO MALAYSIA: Panduan Buka Akaun Luno Dan Cara Guna.
Buka akaun, dapat RM 25 percuma
Kalau anda berminat untuk berdagang matawang digital ini, anda perlu buka akaun Luno. Mereka juga membuat promosi di mana anda akan mendapat RM 25 percuma apabila anda beli matawang digital bernilai RM 250.
Berikut adalah cara daftar akaun Luno:
- Guna link referral
Langkah pertama anda perlu tekan link referral yang diberi. Jika menggunakan kod, anda harus isis di ruangan Promo Code bagi pembelian yang pertama - Daftar Akaun
Bagi mendaftar anda harus isi maklumat asas. Antaranya email atau boleh Sign Up melalui Gmail atau Fb sebagai alternatif. Anda juga perlu mengisi maklumat sepertinama, no telefon, kad pengenalan dan gambar. Disarankan daftar memlaui telefon sebagai langkah keselamatan piawai, profile juga akan disahkan berdasarkan maklumat dan snap kad pengenalan. - Masukkan kod referral
Sekiranya semasa buka akaun tidak guna kod referral, anda perlu masukkan Promo Code sebelim membeli untuk dapat RM25 percuma. Caranya pergi ke tab Rewards, dan dari situ anda lihat tab Invite a Friend dan Enter a Code di bahagian atas skrin. isi dan tekan Apply
Cara jual dan beli
Pergerakan harga matawang digital ini boleh dikaji dari aspek fundamental dan juga teknikal. Anda boleh kaji carta untuk cari titik masuk dan keluar. Melalui berita juga boleh membantu anda untuk mengetahui sentimen semasa dan terkini terhadap matawang digital ini secara umum.
Disini saya akan kongsikan cara jual dan beli dari aplikasi Luno Malaysia
- Deposit
- Langkah pertama anda harus deposit wang ke dalam wallet Luno. Caranya pergi ke tab Wallets tekan pada Local Currency (MYR XX),
- Seterusnya pilih samada ingin masukkan dengan cara PFX atau Bank Transfer.
- Masukkan jumlah dan tekan Next
- Selanjutnya Log In ke bank untuk selesaikan transaksi.
- Tambah Wallet
- Pergi ke Wallets, tekan Add Wallets pada bahagian Cryptpcurrency
- Kemudian pilih matawang kripto yang ingin dibeli
- Seterusnya tekan Create Wallet
- Exchange
- Pergi ke Home dan tekan menu atas (simbol titik tiga) dan tekan Exchange
- Dari sini anda akan melihat maklumat lebih terperinci seperti senarai transaksi, pesanan anda dan laim-lain lagi
- Beli
- Pastikan dahulu anda melihat pada carta matawang yang ingin dibeli.
- Jika betul, barulah tekan butang Buy.
- Dari menu jual beli, anda boleh lihat pilihan Limit, Market dan Stop-limit. Untuk Limit. Anda akan beratur berdasarkan harga pilihan.
- Manakala untuk Market, anda akan terus beli pada harga terkini. Kos transaksi adalah berbeza antara dua ini, dengan kos yang lebih tinggi untuk pesanan Market
Itu sahaja yang kami kongsikan, semoga membantu.
Baca juga Disini:
Info Bantuan Kerajaan Malaysia
KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH: Panduan Takwim 2022