CARA BAYAR BIL UNIFI MOBILE: Kaedah Pembayaran UNIFI MOBILE Guna JomPay Melalui Maybank2u
Ada banyak cara untuk bayar Unifi Mobile, tapi disini saya akan kongsikan cara untuk bayar Unifi Mobile menggunakan JomPay di Maybank2u untuk lebih cepat dan mudah berbanding kaedah lain.
Apa itu JomPay Maybank2u?
JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia
untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih
di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia
yang mengendalikan JomPAY.
Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan membuat bayaran cukai
taksiran menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa. Selain itu,
pelanggan juga boleh menggunakan akaun kad kredit untuk bayaran Cukai Taksiran.
Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah.
CARA BAYAR BIL UNIFI MOBILE: Kaedah Pembayaran UNIFI MOBILE Guna JomPay Melalui Maybank2u
- Langkah pertama buka akaun online banking Maybank2u kemudian Log in
- Seterusnya pilih Pay & Transfer
- Selanjutnya pergi ke bahagian Pay dan pilih JomPay
- Masukkan Biller Code, Taip 8888 kerana code ni hanya untuk Unifi
- Ref 1 – Isi no akaun anda yang telah diberikan oleh agent selepas pendaftaran unifi. Nombor akaun ini sangat penting. Anda juga boleh semak myunifi.app.
- Isi jumlah yang perlu dibayar di bahagian Pay Amount
- Tick pada bahagian “I hereby agree to the T&C” kemudian klik PAY dan selesai.
Mudahkan! Selamat mencuba.
Baca Juga Disini:CARA TRANSFER DUIT KE INDONESIA : Panduan Hantar Duit ke Indonesia dengan Maybank2u