RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU RMMT 2022 (SYARAT DAN CARA PERMOHONAN)
Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan tentang inisiatif bantuan perumahan untuk rakyat iaitu Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) 2022.
Inisiatif kerajaan negeri ini untuk memberikan bantuan kepada rakyat negeri yang tak berkemampuan.
Baca Juga : PERMOHONAN LAMPU JALAN TNB (CARA MOHON DAN ADUAN LAMPU ROSAK)
APA ITU RMMT
RMMT adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.
SENARAI RUMAH MAMPU MILIK (RMM) NEGERI TERENGGANU 2022
Senarai Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Terengganu
RMM Awam :
- Daerah Kemaman
-RMM Seri Bandi, Kijal
RMM Penswastaan :
- Daerah Kuala Nerus
-SPNB Kuala Nerus
- Daerah Kemaman
-SPNB Kerteh
- Daerah Hulu Terengganu
-SPNB Kuala Ping
- Daerah Dungun
-SPNB Kg. Paya Santong
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Beberapa dokumen juga perlu disediakan dan disahkan bagi melengkapkan permohonan.
Jadi, jangan lupa untuk semak dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu untuk mengetahui apa yang perlu dihantar untuk memastikan permohonan dapat diproses dengan lancar.
CARA DAFTAR/ REGISTER RMMT 2022
- Layari laman web rasmi E-Perumahan Terengganu atau klik disini untuk daftar RMMT
- Pemohon perlu masukan email,username & password
- Pemohon berjaya mendaftar
- Sekiranya terlupa username/password, sila berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) di talian : 09 6267999 / 09 6317999
LOGIN RMMT 2022
- Selepas selesai daftar RMMT 2022.
- Anda boleh login/log masuk RMMT 2021 guna usernama & password yang semasa daftar tadi.
- Log in disini
PERMOHONAN RMMT 2022
- Selepas berjaya login, anda perlu pilih daerah projek perumahan yang anda inginkan.
- Isikan maklumat pemohon dengan lengkap pada borang rumah mampu milik Terengganu dan klik butang ‘Hantar’.
- Permohonan anda berjaya dihantar
JENIS PERUMAHAN RMMT 2022
Terdapat 2 jenis Perumahan yang ditawarkan melalui Sistem ePerumahan Terangganu iaitu:
- Jenis A
- Jenis B
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RMMT 2022
Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:
Permohonan Jenis A
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
1. Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
2. Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Permohonan Jenis B
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
BILA TARIKH PERMOHONAN DAN KEMASKINI RMMT?
Berikut adalah merupakan tarikh permohonan dan pengemaskinian:
- Pendaftaran dan permohonan baharu dibuka mulai 1 September 2021 (Rabu)
- Pengemaskinikan maklumat permohonan (bagi permohonan yang sedia ada) bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021
BAGAIMANAKAH CARA PERMOHONAN RMMT?
Bagi yang memenuhi syarat kelayakan anda ingin membuat permohonan RMM Terengganu, berikut adalah caranya:
- Bagi permohonan baru, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu di pautan: https://eperumahan.terengganu.gov.my/register
- Isikan Maklumat yang diperlukan, tick pada Terma dan Syarat, kemudian Tekan Submit.
- Pendaftaran anda berjaya.
- Seterusnya log masuk akaun anda di pautan https://eperumahan.terengganu.gov.my/login
- Pilih katagori yang anda inginkan:
- Beli Rumah – pilih daerah projek
- Bina Rumah – Isikan maklumat tanah
- Kemudian anda dikehendaki kemaskini dan isi maklumat pemohon
- Sekiranya pilih katagori Beli Rumah, pilih projek yang sedia ada (sekiranya ada iklan)
- Seterusnya buat permohonan sehingga selesai.
MAKLUMAT & PERTAYAAN RMMT 2022
Kerajaan Negeri Terengganu tak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM). Jadi, kena pastikan yang anda sentiasa berurusan pada laman web yang betul.
Jika ada apa-apa pertanyaan tentang RMMT, bolehlah menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan) di 09-626 7999 / 09-631 7999.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,Pusat Niaga Paya Keladi,20000 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.