in

TABUNG HAJI ONLINE (CARA BUAT TEMUJANJI TH)

TABUNG HAJI ONLINE

TABUNG HAJI ONLINE (CARA BUAT TEMUJANJI TH)

Bermula 25 Mei 2021,pelanggan Tabung Haji yang ingin membuat urusan menggunakan perkhidmatan kaunter Tabung Haji perlu membuat temujanji.

Waktu janji temu adalah mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang (waktu operasi kaunter terhad) di cawangan-cawangan yang terpilih.

Kepada pelanggan TH,anda perlu mengetahui cara membuat temujanji TH & BORANG ONLINE di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.

Baca Juga : DUIT TABUNG HAJI : CARA KELUARKAN ATAU WITHDRAW MELALUI ONLINE KE BANK

SENARAI PERKHIDMATAN YAN DITAWARKAN DI KAUNTER TABUNG HAJI (Melalui Temujanji)

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan untuk urusan Temujanji Tabung Haji:

  • Pindahan Telegrafik
  • Pembatalan Haji
  • Pindahan Simpanan
  • Kemaskini Profil Peribadi
  • Pusaka Hibah/Amanah
  • Simpanan
  • Pengeluaran
  • Virtual Account Opening (VAO)

CARA BUAT TEMUJANJI TABUNG HAJI (MANUAL)

Berikut adalah cara buat temujanji TH secara manual di cawangan:

  1. Semasa hadir untuk urusan janji temu, sila pastikan tuan/puan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (face mask) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.
  2. Tuan/puan perlu mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod Quick Response (QR) menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.

CARA BUAT TEMUJANJI TABUNG HAJI (ONLINE)

Berikut adalah cara buat temujanji TH secara online:

  1. Sila buat semakan senarai cawangan Tabung Haji yang beroperasi di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/operasi-pejabat-cawangan-th
  2. Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/borang-temujanji
  3. Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
  4. Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.
  5. Tekan butang Hantar.
  6. Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.

BORANG TRANSAKSI TABUNG HAJI ONLINE

Sebelum hadir untuk berurusan di TH,pelanggan perlu muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter.

MUAT TURUN BORANG TH:

i) Borang Simpanan. Info lanjut

JP001_Slip Simpanan Wang

JP002_Slip Pengeluaran Wang

JP003_Borang Maklumat Ahli

JP004_Borang Permohonan Pindahan Simpanan

JP005_Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka

JP006_Borang Akaun Waris Pengeluaran Pusaka

JP008_Borang Pertukaran Hak Penjagaan

JP010_Borang Caruman Bulanan Majikan

JP011_Borang Permohonan Penutupan Akaun

JP012_Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun Simpanan

JP028_Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini

JP036_Borang Permohonan Pengesahan Baki

Borang Penamaan

ii) Contoh borang Hibah Amanah TH. Info Lanjut

Borang Permohonan Hibah (JP031)

Borang Kemaskini Hibah (JP032)

Borang Pindaan Hibah (JP033)

Borang Pembatalan Hibah (JP034)

Borang Tuntutan Hibah (JP035)

iii) Borang Kelab TaHa & TaHa@U. Info Lanjut

Borang Keahlian Kelab TaHa

Borang Keahlian Kelab TaHa@U

iv) Urusan Haji

Rayuan Haji. Info Lanjut

Permohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah. Info Lanjut

Untuk melihat senarai penuh dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan info lanjut tentang temujanji Tabung Haji online,sila hubungi:

Telefon : +603-6207 1919(THCC)

Emel : [email protected]

Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RESULT SPM 2021

RESULT SPM 2021 (CARA SEMAK ONLINE DAN SMS)

SOALAN CONTOH MUET

SOALAN CONTOH MUET 2022 : FORMAT TERKINI (SPEAKING READING LISTENING & WRITING)