BSN INSTANT TRANSFER : CARA GUNA DUITNOW
Untuk anda yang sering menggunakan Maybank2u, pasti selalu guna fungsi Instant Transfer untuk membuat pindahan wang. Sebaliknya, jika anda guna BSN, mesti pelik kerana tiada butang BSN Instant Transfer. Sebenarnya ada fungsi instant transfer. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel yang kami sediakan ini mengenai cara instant transfer BSN guna DuitNow.
Baca Juga: CARA DAFTAR BSN ONLINE 2022 : INTERNET BANKING BANK SIMPANAN NASIONAL
APA ITU DUITNOW
DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membenarkan anda untuk memindahkan wang ke akaun penerima. Bukan untuk BSN sahaja, malahan untuk semua bank-bank di Malaysia.
Bezanya dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk melakukan pemindahan
Sebaliknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan. Ini bermakna, anda boleh buat Instant Transfer dari BSN ke bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Nombor Passport
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Nombor Akaun
CARA DAFTAR DUITNOW
Pendaftaran ID DuitNow melalui Perbankan Internet myBSN:
1. Log masuk ke myBSN.
2. Pilih Manage Account > DuitNow Settings > DuitNow ID Type > Klik Register.
3. Pilih Receiving Account daripada senarai.
4. Masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
5. Status ID DuitNow anda akan dipaparkan.
6. Selesai
CARA INSTANT TRANSFER BSN GUNA DUITNOW
Untuk menggunakan fungsi DUITNOW sila ikut langkah-langkah dibawah:
- Layari laman web rasmi myBSN di pautan ini: https://mybsn.com.my
- Masukkan Username yang anda daftarkan
- Klik butang Login
- Sahkan Security Image yang anda tetapkan
- Jika gambar tersebut ialah gambar yang anda pilih semasa buat pendaftaran, tekan butang Yes
- Masukkan Password
- Klik butang Login
- Klik menu Transfer di menu sebelah kiri
- Akan tertera pilihan ini:
-Own Accounts
-3rd Party Account
-Interbank Fund Transfer - Pilih Interbank Fund Transfer
- Anda akan berada di Bahagian 1, Enter Transfer Info
- Untuk Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type
-DuitNow
-Interbank GIRO - Pilih DuitNow untuk real time transfer
- Lengkapkan maklumat seperti:
-From Account
-Transfer To
-Id Type
-My Favourites
-Amount (RM)
-Recipient Reference
-Additional Info (Optional)
-Other Details
-Notify Via Email - Anda kini berada di Bahagian 2, Transfer Confirmation
- Sila semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
-Transfer Type
-From Account
-Beneficiary Details:
-Recipient’s Bank
-Recipient’s Name
-Account Number
-Transaction Type
-Payment Details:
-Amount (RM)
-Service Charge (RM)
-Recipient Reference
-Other Details
-Notify Via Email - Seterusnya, anda akan dapat lihat ruangan TAC
- Klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN
- SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC
- Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi
- Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions
- Tekan butang Confirm
- Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement
- Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
-Reference Number
-Transaction Status (Successful)
-From Account
-Beneficiary Details
-Payment Details
-Amount (RM)
-Service Charge (RM)
-Recipient Reference
-Other Details
-Notify Via Email
-Balance After Transfer (RM)
-Transaction Date, Time - Tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang
- Ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi
- Tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang
- Tekan butang Make Another Transfer jika anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda masih tidak jelas dengan penerangan di atas atau mempunyai masalah untuk menggunakan DuitNow, hubungi BSN Hotline seperti di bawah:
1300 88 1900
[email protected]