PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2022
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BYDPA 2022 untuk makluman bersama.
Baca Juga: BANTUAN KUARANTIN NADMA : PERMOHONAN RM100 SEHARI
Apa Itu Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?
Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.
BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Tarikh Permohonan
19 Januari 2022 – 22 Februari 2022
Cara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2022
Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 19 Januari 2022 (Rabu).
Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada secara serahan tangan atau pos ke alamat berikut
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Maklumat Lanjut
- Sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau
- Hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571 (pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau
- E-mel kepada [email protected]
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)