JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan MPS membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: BANTUAN KUARANTIN NADMA : PERMOHONAN RM100 SEHARI
Pengenalan
Majlis Perbandaran Sepang ialah majlis perbandaran yang bertanggungjawab mengurus daerah Sepang di Selangor, Malaysia. Majlis Perbandaran Sepang (MPSEPANG) berpusat di Bandar Baru Salak Tinggi mukim Labu.
Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang terbesar di Asia. Selain daripada itu, Bandar Bistari yang dikenali sebagai Bandar Cyberjaya, Airport City, Cybervillage, Bio Valley dan Hi Tech Park juga terletak di dalam kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan projek nasional Malaysia.
JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
Maklumat Jawatan
- Pembantu Tadbir (undang-undang) Gred L19
- Pegawai Kesihatan Persekitaran U48
- Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J29
- Penolong Arkitek Landskap Gred J29
- Pereka B19
Syarat Kelayakan
Permohonan adalah terbuka kepada seluruh rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 19 Jan 2022.
Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
Tarikh tutup permohonan 19 Januari 2022
Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang yang telah disediakan iaitu Majlis Perbandaran Sepang iPerjawatan.mpsepang.gov.my .
Bagi pengguna pertama-kali membuat permohonan jawatan kosong majlis perbandaran Sepang 2022 anda hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Untuk mereka yang telah mendaftar anda hanya perlu membuat permohonan jawatan-jawatan yang telah ditawarkan. Hanya mereka yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
JAWATAN KOSONG DI J&T EXPRESS SDN BHD – Pelbagai Jawatan Menarik