in ,

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0 : CARA TEBUS BAUCAR SHOPEE & PEMBELIAN MANUAL

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0 : CARA TEBUS BAUCAR SHOPEE & PEMBELIAN MANUAL

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 2021.

Program SAVE 3.0 adalah kesinambungan kepada Program SAVE 2.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan Kementerian yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program SAVE 3.0 dan cara untuk menebus rebat / voucher tersebut di platform online atau kedai elektrik berdaftar secara manual.

Baca Juga: BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0

Apa itu Program SAVE 3.0?

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

OBJEKTIF

  • Menambah jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

Adakah SAVE 3.0 Hanya Untuk Mangsa Banjir?

Tidak, setiap isi rumah boleh mendapatkan e-Rebat maksimum RM400 untuk membeli barangan elektrik cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  1. Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

2 Kategori e-Rebat / Baucar SAVE 3.0

Program ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan 4 atau 5 bintang label kecekapan tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan

Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

Kadar Baucar / Rebat SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

Sila rujuk gambar rajah di atas untuk penerangan lanjut.

Cara Penebusan

Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:

BANTUAN BANJIR SAVE 3.0

SAVE 3.0

Untuk maklumat lanjut, layari:

  1. Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
  3. PG Mall : https://www.pgmall.my/
  4. Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Tempoh Penebusan

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

Maklumat Lanjut

Special Team for the SAVE 2.0 Program
Technical Development and Facilities Division
SEDA Malaysia
03-8870 5800
[email protected]
www.saveenergy.gov.my

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PINJAMAN TEKUN

PINJAMAN TEKUN : MOHON PINJAMAN TEKUN MIKRO DAN INFORMAL SEHINGGA RM10000

JAWATAN KOSONG PEGAWAI BOMBA BANTUAN

JAWATAN KOSONG PEGAWAI BOMBA BANTUAN