in

JAWATAN KOSONG PEMBANTU PERTAHANAN AWAM

JAWATAN KOSONG PEMBANTU PERTAHANAN AWAM

JAWATAN KOSONG PEMBANTU PERTAHANAN AWAM

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500

Pengenalan

Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, RELA telah ditubuhkan di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964.[1] Penubuhan RELA memberi kesempatan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memelihara kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara.

Pada 17 hb Mac 2020,kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa RELA diberi kuasa untuk membantu pihak Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didalam masa pandemik Covid 19.

JAWATAN KOSONG PEMBANTU PERTAHANAN AWAM

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

PEMBANTU PERTAHANAN AWAM – GRED KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  • Kekosongan: 20
  • Simpanan: 40

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360); atau
    Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360); atau
    SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
    SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

JAWATAN LAIN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)

JAWATAN KOSONG JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)

PINJAMAN TEKUN

PINJAMAN TEKUN : MOHON PINJAMAN TEKUN MIKRO DAN INFORMAL SEHINGGA RM10000