CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA & CARA DOWNLOAD SIJIL VAKSIN GUNA HP CEPAT DAN MUDAH
Untuk pengetahuan anda, cara untuk print sijil digital vaksin MySejahtera Covid-19 akan dikongsikan untuk memudahkan anda. Print sijil vaksin MySejahtera ini dilihat perlu kerana beberapa perkara yang dilakukan oleh kita sekarang ini memerlukan kita mengemukakan bukti telah di vaksin. Kerajaan sudah mula mengumumkan kelonggaran kepada golongan yang sudahpun lengkapkan program vaksin COVID-19. Antaranya adalah kebenaran untuk rentas negeri buat pasangan jarak jauh serta ibu bapa yang ingin melawat anak berusia kurang 18 tahun. Jadi print sijil vaksin MySejahtera ini dilihat sebagai satu keperluan.
Berikut pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia bahawasanya rakyat yang lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai serta diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti bersukan. Jadi sudah tentu sekali ramai yang ingin print salinan sijil digital vaksin MySejahtera mereka untuk dikepilkan bersama-sama borang permohonan.
Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda print sijil digital vaksin MySejahtera anda hanya menggunakan telefon sahaja. Mudah dan senang.
Baca juga : CARA SEMAK PENEMPATAN SEKOLAH MURID TAHUN 1
CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA
Berikut adalah langkah-langkah untuk anda print sijil digital vaksin anda :
- BUKA APPS MYSEJAHTERA
Laman web rasmi MySejahtera jika ingin muat turun/download apps : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
- TEKAN CLOSE DI BAHAGIAN ATAS KANAN
- PERGI KE RUANGAN PROFILE ANDA
Ruangan Profile di bawah sebelah kanan anda.
- SKROLL TURUN KE BAWAH
- JUMPA SIJIL DIGITAL ANDA BERWARNA JINGGA
- TEKAN BUTANG SHOW QR SEPERTI GAMBAR DI BAWAH
- SILA SCREENSHOT SIJIL DIGITAL ANDA CONTOHNYA SEPERTI GAMBAR DI BAWAH
- SEBAGAI PENGETAHUAN CODE QR HANYA BOLEH DIGUNAKAN SEKALI SAHAJA
Jika anda nak lihat balik Code QR yang baru sila mulakan dari step 1.
- BUKA APPS GOOGLE PHOTOS JIKA ANDA SUDAH ADA JIKA TIADA LIHAT DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD/MUAT TURUN
Link download untuk Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.photos.
Link download untuk IOS : https://apps.apple.com/my/app/google-photos/id962194608 - SEKALI LAGI JIKA ANDA BARU INSTALL SILA BUKA APPS GOOGLE PHOTOS
- PERGI KE BAHAGIAN LIBRARY
- CARI FOLDER SCREENSHOT
- KEMUDIAN BUKA GAMBAR SCREENSHOT YANG ANDA AMBIL TADI DI STEP 7
- TUNGGU SEKEJAP SEHINGGA KELUAR “SEARCH INSIDE SCREENSHOT” RUJUK GAMBAR DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS
- JIKA TIADA ANDA JUGA BOLEH TEKAN BUTANG LENS DI BAHAGIAN BAWAH PAPARAN SKRIN ANDA
- GOOGLE PHOTOS AKAN MEMBACA CODE QR
- MUNCUL LINK URL LAMAN WEB YANG DISIMPAN SIJIL DIGITAL ANDA SEPERTI GAMBAR CONTOH DI BAWAH
- SILA TEKAN URL LAMAN WEB TERSEBUT
- PASTIKAN ANDA MEMBUKA URL TADI MENGGUNAKAN CHROME
Disebabkan toturial yang kami kongsikan ini menggunakan chrome.
- KEMUDIAN, DI CHROME SILA TEKAN TITIK 3 BERTINDIH DI ATAS KANAN ANDA DAN PILIH BUTANG OPEN IN CHROME
Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.
- KEMUDIAN ANDA DIKEHENDAKI TEKAN SEMULA TITIK 3 BERTINDIH TADI DAN CARI BUTANG SHARE
Lihat gambar rujukan di bawah.
- APABILA ANDA TEKAN BUTANG SHARE AKAN KELUAR PILIHAN
- PILIH DAN TEKAN PRINT
- SETERUSNYA, SILA TUKAR SAIZ KE A3 DAN FORMAT PDF
Rujuk gambar di bawah.
- SILA NAMAKAN FILE PDF SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA ANDA
- ANDA BERJAYA DAPATKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA UNTUK TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU LAIN-LAIN
- ANDA BOLEH CARI SEMUA FILE PDF YANG ANDA SIMPAN DI FILE MANAGER ANDA UNTUK PRINT LAIN HARI
- TEKAN FILE PDF SIJIL DIGITAL ANDA DAN SAMBUNGKAN DENGAN BLUETOOTH PRINTER DAN TEKAN PRINT
- SELESAI
Anda boleh terus hubungi pihak MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/.
Untuk mengelakkan sebarang masalah lebih baik tuan/puan cetak sijil tersebut dan lebih senang untuk tunjukkan kepada pihak berkuasa jika diminta.
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:SABAH PAY LOGIN : CARA GUNA DAN ISI SABAH PAY ONLINE | Semakan Keputusan