PANDUAN REGISTER SELANGOR FREELANCE : INSENTIF TUNAI RM400
Apa itu Selangor Freelance
Program Selangor Freelance yang dilancarkan pada 28 Oktober lalu merupakan kerjasama antara platform padanan kerja Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.
Program ini menawarkan 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekali gus menjana pendapatan tambahan Peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.
Objektif Selangor Freelance
- Wujud kesedaran dan memberi Insentif kepada warga Selangor menyertai ekonomi gig digital
- Berdaya saing dalam ekonomi gig
- Meningkatkan keboleh pasaran warga Selangor
- Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik
- Melatih warga Selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital
Baca juga disini: CARA TEBUS BAUCER PELANCONGAN KITA SELANGOR 2.0 RM100 SHOPEE
PANDUAN REGISTER SELANGOR FREELANCE : INSENTIF TUNAI RM400
Berikut akan dikongsikan beberapa maklumat berkaitan Selangor Freelance, boleh rujuk dibawah:
Syarat Kelayakan Selangor Freelance
Syarat kelayakkan seperti berikut untuk mendaftar:
- Bagi yang berumur 18 tahun ke atas
- Menetap di Selangor
- Individu yang belum bekerja atau sudah bekerja boleh buat permohonan.
Panduan Register Selangor Freelance
Dibawah ialah cara untuk mendaftar:
- Langkah pertama layari laman web untuk daftar di https://selangor.workana.com/
- Kemudian klik Sign Up
- Isikan butiran dan maklumat yang diperlukan seperti: (Full Name, Email, Phone number)
- Setelah lengkap semuanya klik pada Pre-Register
Panduan Register Untuk Dapat Intensif RM400
Berilut cara untuk dapatkan RM400 berikut:
- Daftar di laman web https://selangor.workana.com/
- Jalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan cara menggunakan platform Workana serta sebagai pekerja bebas )
- Setelah selesai proses latihan, peserta berpeluang mohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
- Peserta juga akan mendapat RM400 daripada Kerajaan Negeri Selangor sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.
Butiran Lanjut
Pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan bagi memudahlan anda mendapat maklumat, Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Untuk sebarang maklumat sila layari https://selangor.workana.com/