SEMAK PENYATA KWSP ONLINE 2022 (BAKI DAN STATUS PENGELUARAN)
Jika anda berhajat untuk semak penyata KWSP, semak baki akaun 1 atau akaun 2 KWSP anda dan memuat turun penyata KWSP terkini, anda boleh membuat semakan penyata KWSP secara online sahaja menggunakan kemudahan i-akaun KWSP.
Tengok video ini untuk mudah anda faham cara semak penyata akaun KWSP
Bagi menggunakan kemudahan i-akaun KWSP,anda perlu daftar dan mempunyai i-akaun KWSP.
Baca Juga: DAFTAR i-AKAUN KWSP 2022 (REGISTER MELALUI KIOSK,BANK,ONLINE, & EMAIL)
Selepas mendaftar i-akaun KWSP, anda akan diberikan ID dan kata laluan i-akaun KWSP. Jika sudah ada ID, boleh terus LOGIN.
PENGESAHAN i-AKAUN KWSP/LOGIN KALI PERTAMA i-AKAUN KWSP
1.Sebelum anda dapat mengakses perkhidmatan KWSP secara online, anda perlu sahkan dahulu identiti anda dengan mendapatkan password dan username (ID) sementara.
2.Pasword dan ID sementara Ini boleh diperolehi di pejabat KWSP berhampiran anda. Kod pengaktifan ini cuma diperlukan sekali sahaja.Ohya, sebelum pergi ke pejabat KWPS, jangan lupa bawa IC.
Banyak juga kemudahan & urusan yang boleh dilakukan di kiosk KWSP. Anda ingin tahu tentang senarai tempat kiosks KWSP & perkhidmatan yang disediakan untuk ahli KWSP?
3.Selepas mendapat kod, klik login i-akaun KWSP
4.Masukkan Username tersebut pada ruangan user ID di bawah ini.
5.Masukkan password sementara yang diberikan.
6.Anda diminta mengisi borang ,ID serta password (kata laluan) baru. Pastikan anda letakkan kata laluan yang kuat dan mudah anda ingat. Rujuk gambar dibawah.
7.Selesai, pengaktifan anda telahpun selesai.
LOGIN i-AKAUN KWSP
Anda boleh terus login ke dalam akaun anda menggunakan ID dan password yang baru. Klik disini untuk Login.
APLIKASI KWSP
Untuk lebih mudah, anda boleh dowload dan install aplikasi KWSP yang tersedia untuk telefon pintar anda.
MUAT TURUN APLIKASI KWSP
Muat turun aplikasi KWSP IOS
Muat turun aplikasi KWSP ANDROID
Dengan menggunakan aplikasi KWSP yang terdapat di play store dan app store, ianya akan memudahkan lagi akses untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun KWSP kita.
SEMAKAN DIVIDEN KWSP ONLINE
Anda juga boleh membuat semakan kadar dividen KWSP secara online menggunakan i-akuan KWSP. Anda boleh semak dividen KWSP selepas urusan pengkreditan selesai dilakukan.
Anda boleh melakukan semakan kadar dividen hanya dengan 3 langkah mudah melalui aplikasi i-akaun KWSP
PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP
Selain menyemak penyata KWSP, sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji dan i-Lestari.
Ini 17 jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu.
Untuk membuat pengeluaran KWSP pada tahun 2020, caranya mudah sahaja.
Klik pada button Pengeluaran dan isi segala maklumat yang diminta.
Anda akan dihubugi pegawai KWSP untuk pengesahan pengeluaran.
PANDUAN SELAMAT MENGGUNAKAN i-AKAUN KWSP
- Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
- Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
- Tukar kata laluan secara berkala
- Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
- Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun
SOALAN LAZIM i-AKAUN KWSP
Bagaimanakah cara semak penyata KWSP?
Buat semakan melalui i-Akaun KWSP.
Adakah wajib mempunyai i-Akaun untuk membuat semakan online penyata KWSP?
Ya. Perlukan i-Akaun untuk membuat semakan.
Bagaimana cara untuk mempunyai i-Akaun.
Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP.
Saya terlupa kata laluan i-Akaun KWSP.
Boleh klik forgot password https://secure.kwsp.gov.my/member/member/forgot?0
Apakah tujuan hadir ke pejabat KWSP?
Untuk membuat pengesahan capjari biometrik.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000