MySIKAP JPJ : RENEW LESEN DAN BAYAR ROADTAX ONLINE
JPJ membangun dan menyediakan portal mysikap jpj untuk memudahkan urusan ramai secara online tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter JPJ yang berdekatan dengan anda seperti sebelum-sebelum ini.
Urus niaga dalam talian online ini membolehkan anda melakukan transaksi yang melibatkan urusan lesen memandu kenderaan, baik lesen motor atau lesen kereta, tukar hak milik, beli no plat terkini setiap negeri (jpj number plate) semakan saman trafik dan banyak lagi yang anda boleh semak kemudahan yang disediakan di portal jpj.
Untuk makluman anda,waktu operasi kaunter JPJ dalam tempoh PKP sangat terhad,kaedah pembayaran pula hanya menggunakan kad debit/kad bank atau kad kredit sahaja. Pembayaran secara tunai tidak diterima.
Berikut adalah waktu urusniaga :
Isnin – Jumaat.
00 pagi – 1.00 tgh hari
tgh hari – 2.00 ptg (TUTUP)
00 ptg – 4.00 ptg
Sabtu & Ahad: TUTUP
Urusniaga adalah terhad (hanya melibatkan pembaharuan lesen memandu serta Roadtax kenderaan bagi urusniaga PERDAGANGAN SAHAJA termasuk TEKSI, KERETA SEWA & E-HAILING)
Urusan melibatkan PERSENDIRIAN boleh dilakukan secara atas talian MYSIKAP (public.jpj.gov.my). Urusniaga PERSENDIRIAN juga boleh dilakukan di platform rakan niaga JPJ seperti Myeg.
Baca Juga: JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)
MySIKAP JPJ : RENEW LESEN DAN BAYAR ROADTAX ONLINE
SENARAI KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN JPJ
Sesetengah transaksi adalah percuma, sementara ada beberapa urusan lain dikenakan caj yang minimal.
- Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Permohonan pembaharuan dan renew lesen kenderaan motor (LKM)
- Permohonan Pengisytiharan Kenderaan Tidak Beroperasi
Melalui portal mysikap jpj boleh buat Semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini atau beli no plate terkini - Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (No Plat)
- Permohonan Pek Maklumat Kenderaan
- Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran total Loss
- Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Hilang atau Kena Curi
- Permohonan Mendapatkan Status Kenderaan Vintaj atau Kenderaan Klasik
- Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
- Permohonan Cop Semula No Casis
- Permohonan Cop Semula No Enjin
- Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah
- Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan
- Permohonan Permit Memandu Antarabangsa International Driving License)
- Permohonan Salinan lesen memandu
- Permohonan Pengesahan Lesen Memandu
- Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
- Permohonan Tukar Hak Milik melalui mysikap jpj (Pemilik Baru)
- Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
- Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Motor (LKM)
- Semakan Pertukaran Lesen Memandu
- Semakan keputusan Ujian Memandu bahagian 1 atau Vokasional atau Praktikal
- Semakan Tarikh Ujian Memandu di Institut Memandu atau Sekolah Memandu (driving School)
- Semakan tarikh luput lesen memandu
- Semakan pertukaran lesen memandu luar negara (Non Automatic)
- Semakan tempoh permit institut Memandu atau Sekolah Memandu
- Semakan saman trafik
- Semakan senarai hitam jpj
- Bayar saman trafik secara online
- Permohonan renew lesen dengan mysikap jpj
CARA DAFTAR/REGISTER PORTAL MySIKAP JPJ
Untuk makluman anda, terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.Berikut adalah cara daftar/register portal MySIKAP untuk pengguna kali pertama:
eID Standard MySIKAP
Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.Pengguna boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
eID Advance MySIKAP
Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
Jika urusan seperti nak renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.
Di bawah ni senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard vs Advance.
MAKLUMAN: Jika ingin menjadikan ID tersebut menjadi eID Advance, pelanggan (user) harus hadir ke mana-mana Kaunter JPJ Malaysia.
CARA PENDAFTARAN/REGISTER eID Standard MySIKAP JPJ
- Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
- Isikan butiran yang bertanda * sahaja
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
- Klik Teruskan
- Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
- Klik Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
CARA LOGIN MySIKAP JPJ KALI PERTAMA
Berikut adalah Cara Login MySikap Kali Pertama:
- Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
- Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
- Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
- Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
- Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
- Klik Simpan. Selesai.
- Bolehlah kita renew lesen JPJ online, renew roadtax, check saman dan sebagainya melalui portal ni tanpa perlu ke kaunter lagi.
CARA RENEW LESEN GUNA PORTAL MySIKAP JPJ
Berikut adalah cara renew lesen secara online di portal MySIKAP JPJ:
- Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
- Pilih menu Lesen Memandu
- Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai!
CARA RENEW ROADTAX GUNA PORTAL MySIKAP JPJ
Berikut ada cara renew roadtax online guna portal MySIKAP JPJ:
- Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
- Pilih menu Kenderaan
- Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai