KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) TAHUN 2022
Berita baik buat warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2022
Calon-calon yang berjaya dalam kursus pendidikan awam kanak-kanak akan di pertimbangkan untuk berkhidmat sebagai jawatan yang telah ditetapkan (Guru tadika/Taska Kemas)
Baca Juga: Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)
KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA)
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(d) Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(e) Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan;
(f) Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan;
(g) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of
service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
MAKLUMAT ASAS KURSUS
- Tempat – Institut/Pusat Latihan Kemas
- Tempoh – Tiga bulan atau tertakhluk kepada perubahan yang ditetapkan jabatan
CARA MEMOHON:
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di (kis.kemas.gov.my) mulai
13 Disember 2021 (Isnin). - Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) jawatan sahaja.
- Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat seperti dinyatakan akan ditolak.
- Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja akan diproses.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
02 Januari 2022 (Ahad)
PANGGILAN TEMUDUGA
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.