KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI : SEMAKAN KELULUSAN DAN CARA BUAT RAYUAN SECARA MANUAL DAN ONLINE 2021/2022. Kepada pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM, anda boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan matrikulasi. Andai kata permohonan anda tidak berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan mulai tarikh keputusan diumumkan.
Bilakah boleh buat rayuan matrikulasi?
8 hingga 22 Julai 2021.
Bagaimana cara buat rayuan matrikulasi?
Pemohon boleh membuat permohonan rayuan secara atas talian (online) di mana rayuan hendaklah dilakukan secara dalam talian di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/index.cfm
CARA BUAT RAYUAN KEMASUKAN KE KOLEJ MATRIKULASI SESI 2021/2022
Caranya untuk membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:
RAYUAN MATRIKULASI SECARA ONLINE
Ia boleh dikemukakan terus secara atas talian (online) dari tarikh yang akan dikemaskini menerusi portal matrikulasi.moe.gov.my
RAYUAN MATRIKULASI SECARA MANUAL
Pelajar yang gagal,boleh mengemukakan rayuan secara serahan tangan, pos, faksimili dan emel dengan menghantar surat rayuan matrikulasi:
Cara membuat surat rayuan ikuti contoh surat rayuan matrikulasi di sini : Contoh Surat Rasmi Rayuan Ke Matrikulasi
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN CALON E-RAYUAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI 2021/2022
Semakan Dibuka : Keputusan Calon Jaya Rayuan ke Program Matrikulsi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 9 Ogos 2021, bermula jam 3 petang.
Semakan Ditutup : *akan kemaskini
Tarikh semakan RASMI dari sumber Portal Kementerian Pendidikan Malaysia akan dimaklumkan kemudian.
SISTEM APLIKASI SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN TAWARAN MATRIKULASI 2021
Sistem aplikasi semakan tawaran hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN MATRIKULASI SECARA SMS
Semakan tawaran Matrikulasi secara pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888
PERMOHONAN RAYUAN BERJAYA
Calon-calon yang berjaya merayuke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2020/2021 bagi ambilan kedua, dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran
- Surat tawaran
- Panduan pendaftaran pelajar
- Maklumat peribadi pelajar
- Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
- Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
- Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian telefon pejabat atau talian bantuan Bahagian Matrikulasi pada waktu pejabat bermula 8:30 Pagi – 4:30 Petang dan hubungi nombor khidmat pelanggan di : 03-8884 4083 / 4036 / 4040
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CONTOH SURAT RASMI RAYUAN KE MATRIKULASI 2021 DAN 2022 : FORMAT SERTA PANDUAN MENULIS UNTUK PERMOHONAN | Semakan Keputusan