in

JAWATAN KOSONG SPRM – Gaji RM1,800 Sebulan

JAWATAN KOSONG SPRM

JAWATAN KOSONG SPRM – Gaji RM1,800 Sebulan

Berita baik kepada yang mencari pekerjan Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: ERUMAH JOHOR DAFTAR (PERMOHONAN/SEMAKAN/PORTAL/LOGIN) 2021

PENGENALAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, atau singkatannya BPR ialah sebuah pertubuhan kerajaan Malaysia yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM.

JAWATAN KOSONG SPRM

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

MAKLUMAT JAWATAN

PERSONLE MYSTEP

  • Jawatan: Personel MySTEP – Gred S29
  • Gaji ditawarkan: RM1,800/sebulan
  • Kekosongan: Dua calon (Pembangunan Sistem)
  • Lokasi bertugas: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya Wilayah Persekutuan.
  • Kemudahan: Caruman KWSP, Cuti Rehat dan Cuti Sakit

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan minima Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum;
  • Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri;
  • Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.

Bidang Tugas – Pembangun Sistem

  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Kelebihan diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework (keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dalam Yii atau Laravel);
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
  • Mengumpul maklumat keperluan pembangunan sistem aplikasi mengikut keperluan pengguna dan keperluan sistem;
  • Menyediakan dokumen Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT), Pengujian Penerimaan Akhir (FAT) dan melaksanakan pemasangan (deployment) sistem; dan
  • Membantu dalam perlaksanaan Latihan serta penyediaan dokumentasi yang berkaitan dengan sistem.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume beserta gambar berukuran pasport dan salinan Sijil Diploma ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SMART SELANGOR PARKING SSP

SMART SELANGOR PARKING SSP (cara dapatkan e-kupon parking selangor)