in

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH (MDPP)

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH (MDPP)

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH (MDPP)

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan MDPP membuka jawatan kosong kepada warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN 12: Jom Lihat Dan Mohon Sekarang Sebelum Tarikh Tutup!

PENGENALAN

MDPP atau nama penuhnya Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusunan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976. Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH (MDPP)

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

JAWATAN

1.Penolong Pegawai Pertanian (G29) 1 Kekosongan

2.Penolong Pegawai Tadbir (N29) 1 Kekosongan

3.Penolong Jurutera (JA29) 2 Kekosongan

4.Penolong Pegawai Penguatkuasa (KP29) 1 Kekosongan

5.Pembantu Penguatkuasa (KP19) 5 Kekosongan

6.Pembantu Tadbir (N19) 2 Kekosongan

7.Pembantu Akauntan (W19) 1 Kekosongan

8.Pembantu Penilaian (W19) 1 Kekosongan

9.Pemandu Kenderaan (H11) 3 Kekosongan

10.Pembantu Awam (H11) 6 Kekosongan

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDPP berharga RM 5.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh.

2. Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri.

3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua,

Majlis Daerah Pasir Puteh,

16800 Pasir Puteh,

Kelantan.

4. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport,salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkip keputusan pemeriksaan semua semester yang telah disahkan.

6. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.

7. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 DISEMBER 2021 (Jam 12.00 Tengahari)

BACA IKLAN LENGKAP DISINI

JAWATAN LAIN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *