DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA: Permohonan Baharu BKM 2022.
Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia?
Menerusi Belanjanwan 2022 kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi membantu kurangkan beban rakyat terkesan akibat covid19.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan) berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.
BKM bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima bagi yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Baca juga disini: CARA MENYEMAK GANTIAN CUTI REHAT: LANGKAH SEMAK GCR DALAM HRMIS
DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA: Permohonan Baharu BKM 2022.
Berikut adalah perincian lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini:
TERKINI: Bayaran BKM akan dibuat 4 kali dalam setahun bermula bulan Mac 2022.
Cara Daftar Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia
Permohonan Baharu perlu dibuat jika tiada rekod dalam data sedia ada LHDNM.
Manakala bagi penerima sedia ada yang ingin buat sebarang erubahan maklumat kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Data sedia ada penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BR 2021 yang tidak lulus sebab terima GKP akan dibawa ke dalam sistem BKM secara automatik untuk sahkan kelayakkan
Tarikh Kemaskini & Permohonan Baharu Bantuan Keluarga Malaysia
Untuk kemaskini maklumat / buat permohonan baharu BKM akan dibuka pada:
- Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022
Tempoh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia
- Pembayaran akan dibuat sebanyak 4 kali setahun
- Bayaran pertama dijangkan pada bulan Mac 2022
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan dengan bantuan kerajaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Butiran Lanjut
Talian Hotline BPR: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat waktu bekerja)
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia