CARA TUKAR ASTRO KE NJOI SECARA ONLINE: Panduan Convert Dengan Mudah Atas Talian
Sejak pandemik dan ramai tidak bernasib baik atau kekurangan pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian, banyak benda yang harus dfikirkan dan bajet agar mencukupi.
Dan ramai juga memilih untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro kepada perkhidmata Njoi, kerana Njoi tidak mengenakan bayaran bulanan
Apa itu Njoi?
Njoi diumumkan secara rasmi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 20 Disember 2011 dan dilancarkan pada 18 Februari 2012. Njoi ialah perkhidmatan tv satelit bebas tontonan Malaysia dengan kerjasama Astro
Disini kami akan berkongsi dengan anda caranya.
Baca juga disini: CARA LANGGAN DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA: Panduan Subscribe Dan Harga Disney Hotstar Malaysia.
CARA TUKAR ASTRO KE NJOI SECARA ONLINE: Panduan Convert Dengan Mudah Atas Talian
Berikut akan dikongsikan cara dengan lebih lanjut, rujuk dibawah:
- Langkah pertama layari Laman Rasmi Astro :https://www.astro.com.my/
- Klik Contact Us
- Kemudian klik pada Logo Whatsapp dan anda akan diberikan beberapa pilihan secara automatik – Pilih pilihan 2 (Technical Help)
- Ikut sahaja arahan yang dinyatakan dalam whatsapp tersebut, tunggu sehingga Pegawai Astro yang balas secara personally
- Maklumkan kepada Pegawai tersebut bahawa anda ingin bertukar dari Astro ke Njoi
- Sebagai pengesahan, Pegawai akan balas dan meminta beberapa maklumat (no akaun Astro & Mykad
- Anda perlu selesaikan bayaran yang tertunggak jika ada bayaran tertunggak sebelum meneruskan untuk tukar
- Pihak Astro akan membatalkan langganan Astro terlebih dahulu sebelum mengaktifkan Njoi
- Pertukaran mungkin akan mengambil masa selama 48 jam
- Sekiranya dalam tempoh 48 jam belum berlaku pertukaran, sila hubungi Pegawai Astro dengan ikuti langkah di atas
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat, semoga perkongsian ini mendapat manfaat
Butiran Lanjut
Talian Khidmat Pelanggan
Telefon – 03 9543 3838
Self portal – www.astro.com.my/selfservice
Facebook – www.facebook.com/Astro
Twitter di – www.twitter.com/astroline
Live Chat di www.astro.com.my/contactus