CARA TEBUS PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.
Program yang mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datoโ Sri Hajah Nancy Shukri di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 / 2022 ini.
Apakah Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 / 2022?
Sebanyak 457 pakej telah dibangunkan melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang.
Pakej yang dilancarkan adalah inisiatif utama di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari MOTAC, penebusan insentif dalam bentuk diskaun/rebat/baucar yang ditawarkan kepada Keluarga Malaysia.
Keluarga Malaysia dalam kalangan para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tempahan hotel, tiket masuk tempat percutian, pakej penginapan dan diskaun aktiviti menarik sehingga 30 peratus.
CARA TEBUS PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN
Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Danum Valley, Wakaf Che Yeh, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi.
Cara Buat Tempahan
Semua Pejawat Awam dan Pesara Kerajaan, anda boleh mendapatkan lebih 400 pakej yang menarik dengan harga berpatutan dari seluruh negara melalui Portal Rasmi Tourism Malaysia di pautan :
https://deals.malaysia.travel/deals.
Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
Tarikh Tempahan & Sahlaku
Tempahan boleh dibuat mulai 31 Oktober di laman web Tourism Malaysia.
Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2022.
Baca Juga: CARA BAYAR SAMAN GUNA ATM : 5 Langkah Mudah Melalui Mesin Atm Maybank
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.