in ,

CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA & CARA DOWNLOAD SIJIL VAKSIN GUNA HP CEPAT DAN MUDAH

cara print sijil digital vaksin

CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA & CARA DOWNLOAD SIJIL VAKSIN GUNA HP CEPAT DAN MUDAH

Untuk pengetahuan anda, cara untuk print sijil digital vaksin MySejahtera Covid-19 akan dikongsikan untuk memudahkan anda. Print sijil vaksin MySejahtera ini dilihat perlu kerana beberapa perkara yang dilakukan oleh kita sekarang ini memerlukan kita mengemukakan bukti telah di vaksin. Kerajaan sudah mula mengumumkan kelonggaran kepada golongan yang sudahpun lengkapkan program vaksin COVID-19. Antaranya adalah kebenaran untuk rentas negeri buat pasangan jarak jauh serta ibu bapa yang ingin melawat anak berusia kurang 18 tahun. Jadi print sijil vaksin MySejahtera ini dilihat sebagai satu keperluan.

Berikut pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia bahawasanya rakyat yang lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai serta diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti bersukan. Jadi sudah tentu sekali ramai yang ingin print salinan sijil digital vaksin MySejahtera mereka untuk dikepilkan bersama-sama borang permohonan.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda print sijil digital vaksin MySejahtera anda hanya menggunakan telefon sahaja. Mudah dan senang.

Baca juga : CARA SEMAK PENEMPATAN SEKOLAH MURID TAHUN 1

CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda print sijil digital vaksin anda :

  1. BUKA APPS MYSEJAHTERA

    Laman web rasmi MySejahtera jika ingin muat turun/download apps : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

  2. TEKAN CLOSE DI BAHAGIAN ATAS KANAN

  3. PERGI KE RUANGAN PROFILE ANDA

    Ruangan Profile di bawah sebelah kanan anda.

  4. SKROLL TURUN KE BAWAH

  5. JUMPA SIJIL DIGITAL ANDA BERWARNA JINGGA

  6. TEKAN BUTANG SHOW QR SEPERTI GAMBAR DI BAWAH

    print sijil digital vaksin

  7. SILA SCREENSHOT SIJIL DIGITAL ANDA CONTOHNYA SEPERTI GAMBAR DI BAWAH

    print sijil vaksin mysejahtera

  8. SEBAGAI PENGETAHUAN CODE QR HANYA BOLEH DIGUNAKAN SEKALI SAHAJA

    Jika anda nak lihat balik Code QR yang baru sila mulakan dari step 1.

  9. BUKA APPS GOOGLE PHOTOS JIKA ANDA SUDAH ADA JIKA TIADA LIHAT DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD/MUAT TURUN

    Link download untuk Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.photos.
    Link download untuk IOS : https://apps.apple.com/my/app/google-photos/id962194608

  10. SEKALI LAGI JIKA ANDA BARU INSTALL SILA BUKA APPS GOOGLE PHOTOS

  11. PERGI KE BAHAGIAN LIBRARY

  12. CARI FOLDER SCREENSHOT

  13. KEMUDIAN BUKA GAMBAR SCREENSHOT YANG ANDA AMBIL TADI DI STEP 7

  14. TUNGGU SEKEJAP SEHINGGA KELUAR “SEARCH INSIDE SCREENSHOT” RUJUK GAMBAR DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS

    print sijil mysejahtera

  15. JIKA TIADA ANDA JUGA BOLEH TEKAN BUTANG LENS DI BAHAGIAN BAWAH PAPARAN SKRIN ANDA

  16. GOOGLE PHOTOS AKAN MEMBACA CODE QR

  17. MUNCUL LINK URL LAMAN WEB YANG DISIMPAN SIJIL DIGITAL ANDA SEPERTI GAMBAR CONTOH DI BAWAH

    cara nak print sijil mysejahtera

  18. SILA TEKAN URL LAMAN WEB TERSEBUT

  19. PASTIKAN ANDA MEMBUKA URL TADI MENGGUNAKAN CHROME

    Disebabkan toturial yang kami kongsikan ini menggunakan chrome.

  20. KEMUDIAN, DI CHROME SILA TEKAN TITIK 3 BERTINDIH DI ATAS KANAN ANDA DAN PILIH BUTANG OPEN IN CHROME

    Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.

    print digital vaksin

  21. KEMUDIAN ANDA DIKEHENDAKI TEKAN SEMULA TITIK 3 BERTINDIH TADI DAN CARI BUTANG SHARE

    Lihat gambar rujukan di bawah.

    print sijil digital

  22. APABILA ANDA TEKAN BUTANG SHARE AKAN KELUAR PILIHAN

  23. PILIH DAN TEKAN PRINT

    print sijil

  24. SETERUSNYA, SILA TUKAR SAIZ KE A3 DAN FORMAT PDF

    Rujuk gambar di bawah.

    print digital mysejahtera

  25. SILA NAMAKAN FILE PDF SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA ANDA

  26. ANDA BERJAYA DAPATKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA UNTUK TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU LAIN-LAIN

  27. ANDA BOLEH CARI SEMUA FILE PDF YANG ANDA SIMPAN DI FILE MANAGER ANDA UNTUK PRINT LAIN HARI

  28. TEKAN FILE PDF SIJIL DIGITAL ANDA DAN SAMBUNGKAN DENGAN BLUETOOTH PRINTER DAN TEKAN PRINT

  29. SELESAI

JIKA SAYA SUDAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN TETAPI MASIH LAGI BELUM DAPAT SIJIL DIGITAL DALAM MYSEJAHTERA?

Anda boleh terus hubungi pihak MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/.

KALAU SAYA NAK RENTAS NEGERI ADAKAH SAYA PERLU PRINT SIJIL VAKSIN MYSEJAHTERA?

Untuk mengelakkan sebarang masalah lebih baik tuan/puan cetak sijil tersebut dan lebih senang untuk tunjukkan kepada pihak berkuasa jika diminta.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    semakan penempatan tahun 1 2022

    SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022 : CARA CHECK SEKOLAH MANA YANG ANAK ANDA DAPAT UNTUK DARJAH 1