Cara Mudah Kerja Offshore, Gaji Lumayan & Tiada Orang Tengah
Ada Cara Mudah Kerja Offshore?
Apa-apa benda pun mesti ada cara dia kan.. jadi ni antara checklist cara nak dapat kerja offshore. Point nombor 5 tu ramai terlepas pandang!
Baca juga: Cara renew passport online
1) Tengok ‘Shell’ Degree Matcher dahulu
Maksudnya tengok section mana related dengan degree korang & pilih yang related to offshore. Contohnya kursus Mechanical boleh masuk bidang Pipeline, Petrophysics, Production Engineering, Reservoir, Rotating & Static Equipment etc
Jadi jangan main apply je kerja dan company tanpa tahu servis dan area oil and gas mana company tu punya scope
Link Shell Degree Matcher
https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/degree-matcher.html#dms=degrees
2) Cari company Oil & Gas Malaysia yang buat kerja kat Offshore
Tips dia senang je, tengok MPRC list lepastu carilah yang related dengan Offshore. Contoh Upstream Consultancy, Drilling, Exploration, Platform Fabricator, Offshore Constructions, FPSO Operator, Subsea & lain2.
Jadi kalau target company yang projek dia kt onshore or xde kaitan oil n gas, memang tak ke offshore la citer dia.
Link MPRC:
https://www.mprc.gov.my/publication
3) Apply Job Field Related & Project Related
Macam yang kita tahu, position kerja field akan pergi offshore. Position lain ada jugak tapi tak selalu & case by case basis. Position yang biasa kena g offshore termasuk Field Engineer, Service Engineer, Maintenance, Instrument, Geoscientist, Petrophysicist, Lab Chemist, Process Engineer, Drilling Engineer etc. Selain tu Project Engineer juga selalu juga kena g offshore.
4) Pastikan Resume kita Power!
Dengar macam cliche tapi nilah hakikatnya. Pergi belajar teknik buat resume yang outstanding. Pastu kena banyakkan highlight skill teknikal yang relevan dengan syarikat & bidang. Sekarang ni, softskill leadership & communication macam jadi skill yang common. So apa skill lain yang lebih dipandang tinggi oleh majikan?
Haa.. apa lagi kalau bukan Skill Teknikal. Jadi kena banyakkan skill teknikal & highlight dalam resume. Macam mana nak cari skill teknikal? Tengok tips seterusnya
5) Kenali Teknik nak Dapat Interview
Resume kita power super saiya pun, kena tahu jugak teknik nak pastikan orang yang betul kenal dan ‘nampak’ resume kita. Belajar jugak teknik Linkedin. Bukan sekadar update & bukak setahun sekali. Kena connect dengan decision maker like manager & director syarikat tu. Lepas tu contact diorang melalui PM Linkedin / Email
6) Banyakkan Sijil Teknikal Yang Related dengan bidang kita nak apply
Sijil macam API, IECEx, Introduction to Oil and Gas, ASME, IWCF, Operation & Maintenance related, AutoCAD, Primavera, Ms Project. Skill ni valueable sebab :
1) Related dengan kerja, mudahkan & pastikan kerja dilakukan dengan betul &vefisien
2) Company boleh save kos kalau ada benda kita buat silap sebab tak tahu
3)Company boleh terus hire & expect faster results sebab training basic dah ada, boleh jalan cepat macam dah experienced. Wow!
Kesimpulan yang boleh kita cakap, peluang offshore ni sentiasa ada, kena kenal lubuk dulu seperti connect dengan Decision Maker.
Jangan limitkan di Linkedin, jumpa di Exhibition, Career Fair & juga apa2 event networking akan membantu untuk bina connection atau ‘cable’ kita. Proses ambil kerja boleh jadi cepat atau lambat bergantung pada urgent atau tidak position kosong itu.
Ingat, resume & Ilmu teknikal memang penting, kena ada mindset ilmu sentiasa kena upgrade. Lagi bagus kalau ilmu tu ada sijil sebab bole tunjuk dalam resume.
Take note, example saya bg kat atas adalah untuk kebanyakan orang background diploma degree ke atas. InsyaAllah ada masa saya tulis pula untuk kerja utk level SPM, freelance dan inspector.