CARA DAPAT DISKAUN 10% PTPTN SETIAP BULAN: Panduan Mudah Discount Bayaran Balik Ptptn.
Dalam perbentangan Bajet 2022, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak mendapat insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022
Kemungkinan masih ramai diantara kita yang tahu tentang kemudahan yang telah diberikan. Maka sudah tiada alasan untuk mengelak dari membayar PTPTN, kerana dalam Islam amat dituntut iaitu Hutang wajib dibayar
3 Inisiatif Utama Dalam Bajet 2022 bagi Sektor Pendidikan
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
Baca juga disini: CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE
CARA DAPAT DISKAUN 10% PTPTN SETIAP BULAN: Panduan Mudah Discount Bayaran Balik Ptptn.
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut berkenaan dengan bagaimana untuk dapat diskaun, rujuk dibawah:
Cara mohon diskaun 10% melalui potongan gaji atau debit
Laman Facebook Rasmi SSPN-i Plus PTPTN menerusi satu hantaran menerangkan cara-cara untuk memohon diskaun 10% seperti yang diumumkan dalam bajet 2022. Cara-caranya adalah:
- Langkah pertama Log In semak penyata pinjaman di laman web https://www.ptptn.gov.my/ionline/?fbclid=IwAR38_ymG6G5axchJIgu7BfjgYuY7tKHrHSGvu9A4WS4OifWUIDAZ_3W5kEY#/login
- Kemudian cari Semak Penyata Baki
- Seterusnya tekan Pendaftaran Untuk Debit Terus
- Isi maklumat, jumlah dan link dengan online bank yang masih aktif
- Selesai dan bolehlah guna diskaun ini sehinggan tarikh tutup.
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan dengan Diskaun PTPTN supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Butiran Lanjut
Jika terlupa kata laluan PTPTN, boleh terus hubungi admin pegawai PTPTN untuk reset semula.
Klik disini jika ada sebarang pertanyaan tentang status pinjaman ini di https://sspniplus.com.my/
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia