CARA BUAT ADUAN BARANG ROSAK ATAU HILANG PADA SKMM (CLAIM SEHINGGA RM5000)
Sejak akhir-akhir ini, hangat dibincangkan di media sosial mengenai isu barangan hilang di pusat kurier dan sebagainya. Isu yang berlaku ini nampaknya turut dialami oleh segelintir pengguna pusat servis kurier.
Terbaharu, tular sebuah lagi isu melibatkan seorang pengguna Twitter iaitu Amallina Azman yang berkongsi isu melibatkan pusat kurier J&T Ampang yang mendakwa barangan penerima telah hilang serta meminta penerima mengisi borang claim.
Dalam pada itu, dimaklumkan pihak J&T sekadar mampu menawarkan claim RM100 sehingga RM300 mengikut harga barangan atau sekadar menanggung duit penghantaran sahaja.
Walau bagaimanapun, situasi yang berbeza berlaku apabila penerima melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang membuatkan pihak J&T Ampang bertindak menghantar barangan beliau.
Baca Juga: Cara Semak Penyata KWSP Secara Online
CARA BUAT ADUAN BARANG ROSAK ATAU HILANG PADA SKMM
Sehubungan dengan itu, beliau menerusi laman Twitter beliau turut berkongsi langkah yang boleh dilakukan pengguna pusat servis kurier dalam mendapatkan hak mereka sebagai pengguna menerusi tip yang diterima daripada perkongsian mesej di WhatsApp.
Difahamkan pusat servis kurier sekadar mampu menawarkan wang sehingga RM300 sekiranya berlaku kehilangan barang. Jumlah claim yang ditawarkan mungkin tidak berbaloi buat mereka yang menghantar barangan dengan harga yang tinggi.
Oleh yang demikian, para pengguna berpeluang membuat aduan kepada SKMM di mana para pengguna berpeluang mendapatkan claim sehingga RM5,000 mengikut harga barangan. Para pengguna berpeluang membuat aduan pada SKMM dengan klik di sini.
Netizen lain turut berkongsi isu melibatkan pusat kurier
Menerusi perkongsian netizen lain, dapat dilihat beberapa individu yang turut mengalami situasi yang hampir sama melibatkan barangan yang sudah rosak dan lewat diterima.
Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan barangan yang dipesan seolah mempunyai kesan toreh manakala barangan yang berada dalam parcel pula tidak mencukupi.
Diharap isu melibatkan pusat kurier ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dalam meraih kepercayaan daripada pengguna. Pengguna yang mengalami isu melibatkan kehilangan barang diharap dapat mengikut prosedur yang ditetapkan atau membuat aduan kepada klik di sini dalam usaha mendapatkan barang atau claim harga barangan daripada pihak pusat kurier.