BANTUAN KUARANTIN NADMA : PERMOHONAN RM100 SEHARI
Rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) secara khusus melalui BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA bagi tahun 2021 ini.
Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang:
- telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
- perlu menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penularan COVID-19 di Malaysia.
Berikut adalah info lanjut beserta syarat kelayakan termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.
Baca Juga: CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150: Permohonan & SyaratKelayakkan (BAP)
BANTUAN KUARANTIN NADMA
Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA:
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
*NOTA PENTING:
Bantuan bantuan kuarantin NADMA ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.
Pemohon Yang Tidak Layak
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
Kadar Bantuan NADMA COVID19
Kadar bantuan NADMA adalah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.
Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Cara Permohonan Bantuan NADMA
Bagi membuat permohonan Bantuan Khas NADMA COVID-19 ini, orang awam yang terjejas boleh mengikuti langkah berikut:
1.Baca garis panduan dengan teliti melalui pautan http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
2.Sertakan dokumen wajib berikut;
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
- Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
3.Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
- Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf
4.Hantar permohonan lengkap kepada;
- Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab); atau
- Email ke [email protected] atau
- Pos kepada;
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA - (u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)
Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.
Semakan Status
Setelah memohon, borang dan dokumen anda akan diproses oleh pihak NADMA.
Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan anda di pautan berikut:
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
Status LULUS akan dimaklumkan seperti berikut:
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh akhir permohonan tidak dinyatakan di laman web NADMA.
Difahamkan bantuan ini masih berlangsung selagi ia tidak diumumkan kerana terkini, pada awal bulan 7 ia masih diwar-warkan oleh pihak NADMA melalui portal berita tempatan.
Orang ramai boleh melayari www.nadma.gov.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini tentang tarikh tutup bantuan ini.
Baca Juga: TARIKH MASUK BKM : JADUAL BAYARAN ISI RUMAH DAN BUJANG
Bila Bayaran Bantuan NADMA Akan Dikreditkan?
Kelulusan permohonan bergantung kepada butiran dokumen dan borang yang anda lengkapkan
MAKLUMAT LANJUT.
Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800 atau e-mel di [email protected].
Untuk indo lanjut, permohonan dan semakan status, sila rujuk di pautan https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
Temberang saja cakap saja permohonan sebulan sahaja, sekarang brp bln sdh… Cakap saja ba klu xlulus, rakyat x mengharap, bongok…