in

JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) -Minima STPM Layak Memohon

JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.

Baca Juga: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November

JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA AWAM (PSH)

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2021 (Jumaat)

Baca Syarat Kelayakan Jawatan

Muat turun Borang Permohonan

Semoga Anda Berjaya!

Jawatan Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)