BKM HASIL GOV MY LOGIN : CARA MEMOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA.
Apa Itu BKM?
Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).
Disini akan dikongsikan beberapa maklumat berkaitan BKM yang ramai belum tahu kerana ianya baru sahaja dibentangkan semalam.
Baca juga : CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
BKM HASIL GOV MY LOGIN : CARA MEMOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Berikut adalah akan dikongsikan beberapa maklumat mengenai BKM.
Cara Memohon BKM
Data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.
Permohonan baharu bagi BKM perlu dibuat sekiranya belum ada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat boleh buat kemaskini dalam tempoh yang akan ditetapkan
Buat masa sekarang masih lagi belum diberitahu. Pihak kami akan kongsikan apabila sudah rasmi BKM dibuka untuk permohonan baru.
Tarikh Permohonan Baharu Dibuka dan Kemaskini Maklumat
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai
- 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).
Tarikh pembayaran BKM
- Tarikh pembayaran BKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Syarat dan Kelayakan BKM
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a) Isi Rumah
- Sudah Berkahwin
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21-59 tahun
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsi, Sebarang pertanyaan boleh komen dan Semoga bermanfaat.
Untuk mengetahui info tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini boleh join group Telegram