PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MARDI – GAJI RM2,080.00 – RM9,546.00
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) (Inggeris: Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969). Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.
Baca Juga: CARA SEMAK STATUS BKP 2021 (CHECK BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MARDI
Permohonan Jawatan Kosong MARDI 2021. MARDI atau dikenali sebagai INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA telah membuka peluang kerja kosong bagi ambilan terkini.
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.
Jawatan Yang Dibuka:
1. Pegawai Tadbir N41
Gaji : RM2,080.00 – RM9,546.00
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Taraf : Tetap/ Kontrak
Cara Permohonan
1. Untuk permohonan jawatan kosong MARDI ini, anda perlu daftar secara online. Tiada lagi permohonan secara manual.
2. Sila layari laman web berikut :
https://ejawatan.mardi.gov.my/
3. Daftar di e-Jawatan tersebut, sila mohon jawatan yang berkaitan.
4. Isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan beserta salinan dokumen, gambar formal terkini yang berukuran passport.
5. Anda juga wajib isi nombor telefon untuk dihubungi dan alamat emel yang terkini.
6. Tarikh tutup iklan adalah pada 12 November 2021.
7. Anda juga perlu lengkap divaksinasi.
Info Tambahan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian berikut :
03-8953 7043/ 7037
Baca Juga: JAWATAN KOSONG JURUBAHASA GRED LA19 55 KEKOSONGAN (Gaji RM 1,355 – RM 4,007)