10 TEMPAT PELANCONGAN DI KELANTAN (TEMPAT MENARIK DI KELANTAN 2021)
Tempat yang tertumpu adalah Kota Bharu kerana ianya merupakan ibu Negeri Kelantan. Banyak tempat dan benda yang menarik di Kelantan terutama sekali adalah makanannya yang sedap-sedap semuanya. Oleh sebab itu jika kita pergi ke negeri lain kebanyakkan gerai dan kedai makanan berasal dari negeri Kelantan
Jika memilih untuk bercuti di Kelantan pasti ianya menyeronokkan kerana terdapat banyak tempat menarik dan boleh rehatkan minda anda yang stress di tempat kerja yang seperti pantai dan banyak lagi tempat yang akan dikongsikan di bawah.
10 TEMPAT PELANCONGAN DI KELANTAN (TEMPAT MENARIK DI KELANTAN 2021)
Berikut kami akan kongsikan tempat-tempat yang menarik di Kelantan:
- Pasar Siti Khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah yang berada di Bandar Kota Bharu antara salah satu tarikan utama oleh pengunjung. Ia merupakan sebuah kompleks perniagaan barangan tempatan seperti makanan, pakaian, kain batik dan bermacam-macam lagi.
Jika anda berkunjung ke sini, makanan seperti kuih muih asli Kelantan yang unik kerana didatangkan dengan pelbagai corak dan penuh warna warni. Pasti membuat anda terliur dan ingin mencuba. Ada juga lauk-pauk, buah-buahan dan sayuran yang segar boleh didapati.
Di tingkat atas pula, ada gerai-gerai makan yang sedap serta pelbagai pakaian, telekung solat dan batik asli Kelantan dijual dengan harga yang berpatutan.
- Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan merupakan pusat peranginan yang terawal dibangunkan di Kelantan.Dulu ia dipanggil dengan Pantai Cinta Berahi dan ditukar oleh Menteri Besar Kelantan kerana kurang sedap panggilannya.
Lokasi pantai ini paling dekat dengan Bandar Kota Bharu menjadikan pelancong sering berkunjung ke sini untuk bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pantai ini mempunyai tembok sebagai benteng daripada hakisan air laut serta ia juga menarik kerana memiliki air laut yang bersih serta kawasannya yang panjang dan lebar dikelilingi batu.
Terdapat juga pelbagai pilihan gerai makanan yang dijual di sini serta resort sebagai kemudahan penginapan kepada pelancong.
Baca juga disini : KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH:
- Muzium Negeri Kelantan
Pada asalnya bangunan ini dimiliki oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Namun telah dirasmikan pembukaanya sebagai Muzium negeri Kelantan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990.
Muzium ini terletak di roundbout pokok kurma yang berhadapan dengan Bazar Tuan Padang. Muzium ini menyimpan pelbagai artifak dari zaman dahulu sehingga zaman moden.
Bangunan ini ada dua tingkat, di tingkat atas mempamerkan seni budaya Kelantan seperti makyong, wayang kulit, rebana ubi dan lain-lain lagi.Manakala di tingkat bawah pula ruang pameran untuk disewa dan pejabat am dan pejabat pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
- Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang terletak di Tanah Merah merupakan kompleks membeli belah bebas cukai yang terletak dengan sempadan Negara Thailand. Kompleks ini menawarkan pelbagai pilihan barang sama ada barang lelaki atau perempuan yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.
Juga menjadi salah satu daya tarikan orang ramai terutamanya wanita kerana menawarkan pelbagai barangan seperti tudung, pakaian, periuk belanga, pinggan mangkuk dan banyak lagi.
- Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang terletak di Tumpat sama juga seperti zon bebas cukai Rantau panjang dimana ia menjual pelbagai tempatan dan juga buatan Thailand.
Dibuka pada pukul 8.00 pagi dan ditutup pada pukul 5.30 dan mempunyai tempat parking yang sangat terhad. Pelbagai gerai makanan yang dijual di sini seperti mee cambol, pulut ayam, steamboat dan sebagainya.
Bagi anda yang mahu merasai masakan santai penduduk tempatan ala-ala Thailand disini adalah tempat untuk anda lawati.
- Air Terjun Jeram Linang
Merupakan air terjun paling awal dimajukan di negeri Kelantan yang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.
Ia adalah air terjun yang bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan penduduk tempatan. Memiliki banyak kemudahan asas seperti tandas awam, musalla, tempat letak kereta, wakaf, restoran, chalet.
Bagi yang cintakan akan ketenangan boleh lah berkunjung ke sini untuk berkhemah atau family day kerana air terjunnya yang bersih dan cantik
- Wakaf Che Yeh
Selain daripada pasar besar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh juga menjadi tempat pilihan pelancong untuk membeli belah. Pasar ini kebiasaanya akan sesak pada waktu malam terutama pada musim perayaan. Pasar ini beroperasi sekitar pukul 5 petang hingga 2 pagi.
Penjual disini menawarkan harga yang sangat murah dan berpatutan pasti akan membuat anda rambang mata dengan pilihan barangan yang dijual. Terdapat juga kedai makanan di sekitarnya dan turut menyediakan tempat parking kereta dengan bayaran hanya 3 ringgit.
- Pantai Irama Bachok
Pantai Irama adalah pantai paling terkenal di Bachok. Dinamakan dengan Pantai Irama kerana seolah-olah bunyi tiupan angin yang menenangkan jiwa. Pantai ini sangat cantik, memiliki air laut berwarna biru serta dikelilingi pokok rhu dan kelapa sesuai dijadikan tempat untuk bersantai.
Ada juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian, makanan dan minuman. Pilihan restoran yang sedap-sedap juga terdapat di sini.
- Gua Ikan
Gua ikan merupakan sebuah taman rekreasi yang menyimpan pelbagai habitat flora dan fauna yang semulajadi.
Terletak kira-kira 7 km dari pekan Dabong tanpa perlu meredah hutan. Kawasan ini sangat menarik dan sesuai dijadikan aktiviti perkelahan, mandi-manda kerana direntangi air sungai yang sangat jernih.
- Masjid Muhammadi
Masjid Muhammadi merupakan masjid Negeri yang terletak di Kota Bharu yang dibina pada tahun 1987.
Pada asalnya bangunan ini merupakan bangunan kayu kemudian diubah suai menjadi struktur bangunan yang unik dan klasik kerana pengaruh daripada Inggeris pada zaman dahulu yang mana mereka menggunakan batu marmar pada setiap binaan.
Itu sahaja yang ingin dikongsikan, Semoga bermanfaat untuk anda yanf sedang mencari tempat untuk bercuti jemput datang ke Kelantan dan semoga memudahkan anda untuk bercuti.
Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA