TUTORIAL TUKAR NOMBOR HP MY SEJAHTERA (Update Mobile Phone Number)
Bagaimanakah cara untuk tukar no hp MySejahtera?Situasi tukar no hp adalah perkara biasa disebabkan hal tertentu seperti tamat tempoh perkhidmatan,lama sangat tak topup,simkad rosak dan lain-lain.
Kepada pengguna utama aplikasi MySejahtera,bagaimanakah cara menyelesai masalah tukar no hp ini?
Artikel ini akan bantu anda cara tukar no hp MySejahtera
Baca juga : CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA & CARA DOWNLOAD SIJIL VAKSIN GUNA HP CEPAT DAN MUDAH
TUTORIAL TUKAR NOMBOR HP MY SEJAHTERA
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
CARA DAFTAR DAFTAR MySEJAHTERA
Berikut adalah Cara Daftar MySejahterata:
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
ADAKAH BOLEH TUKAR NO HP MySEJAHTERA?
Ya, anda boleh.
CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA
Berikut adalah cara tukar nombor telefon MySejahtera:
- Sila buka aplikasi MySejahtera
- Klik CLOSE pada bahagian atas kanan
- Kemudian Klik PROFILE pada bahagian bawah kanan
- Seterusnya klik pada tab MENU pada bahagian penjuru kanan
- Dipaparkan beberapa fungsi utama
- Sila pilih MySejahtera Helpdesk
- Kemudian pilih mana-mana browser untuk tujuan kemaskini no hp
- Anda diberi pilihan untuk pilih Bahasa
- Kemudian klik START
- Pilih E ( I want to update my personal detail)
- Kemudian pilih C (( I want to change my mobile number)
- Untuk peringatan,jika ID MySejahtera anda adalah no hp,anda tidak dapat menukar no telefon tersebut. Jika ID MySejahtera anda adalah email,anda boleh tukar no telefon tersebut.
- Klik MyUser ID
- Dipaparkan 4 ruangan kosong untuk disi (Nbr lama,nbr baru, email & pengesahan email)
- Klik SUBMIT
- Anda akan menerima 2 email daripada MySejahtera memaklumkan proses tukar no hp Berjaya.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo