in

TIPS BELI KERETA TERPAKAI YANG PERLU ANDA TAHU

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

TIPS BELI KERETA TERPAKAI YANG PERLU ANDA TAHU 

Membeli kereta terpakai memang merupakan cabaran bagi kita. Ia adalah berisiko namun dengan pengetahuan yang betul, kita boleh menjimatkan banyak duit berbanding membeli kereta baru.

Ya. Dah tak semua orang mampu eli yang baru. Jadi di sini kami sediakan 19 tips yang mungkin berguna untuk anda.

Baca juga: Cara Mohon Online Guru Kontrak DG41 2021

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

Kita semua pasti ada kereta idaman yang selalu kita tinjau pada pasaran kereta terpakai. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya kita sedang memerlukan sebuah kereta pada harga yang rendah untuk kegunaan sementara, keluarga mahupun perniagaan.

Jika anda berminat untuk menggunakan kereta terpakai, berikut adalah tips beli kereta terpakai yang perlu anda pertimbangkan

1. TETAPKAN BAJET

Anda perlu tetapkan bajet kewangan supaya tidak tersasar atau menerawang jauh tanpa arah tujuan. Kalau bajet anda cuma Proton Saga, tidak perlulah membuang masa melihat senarai harga Porsche 911. Katakan bajet anda RM20K.

2. BUKA KALKULATOR PINJAMAN KERETA

Kami guna kalkulator online di SINI. Isi maklumat harga kereta (RM20K), bayaran muka (RM5K), kadar faedah (4%) dan tempoh pinjaman (48 bulan @ 4 tahun). Sekarang, total ansuran bulanan anda ialah RM338.68/bulan.

3. SURVEI ONLINE ATAU BUKA MAJALAH, JANGAN KE KEDAI

Buat survei di laman web seperti Mudah atau Carlist, atau beli majalah seperti MotorTrader. Menerusi tetapan had bajet RM20K, anda secara automatik akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut.

Ingat, jangan terus pergi ke premis kereta terpakai untuk mengelak ‘dipukau’ jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Sedar tidak sedar bajet RM20K sudah bertambah jadi RM30K. Layari saja Internet. Lebih selamat dan selesa.

4. Semak Mileage Dengan Service Center

Sekiranya membeli dari penjual kenderaan terpakai, buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Cuba selidik bila kereta tersebut melakukan service di pusat service bertauliah, bila kali terkahir service dan pada kilometer ke berapa.

5. CURIGA HARGA MURAH

Jangan cepat teruja jika ada kereta dijual sangat murah. Sesiapa pun mahu menjual kereta mereka pada harga tinggi atau harga pasaran. Jika terlampau murah, mesti ada udang di sebalik batu.

Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah disebabkan perkara berikut:

  • Pernah kemalangan teruk
  • Perbatuan terlalu tinggi
  • Banyak kali bertukar pemilik (3-4 orang).
  • Kereta mungkin nampak cantik, tetapi ragam sebenar mula kelihatan selepas beberapa bulan memandu.

6. CARI PEMILIK SEBENAR

Inilah untungnya jika membuat survei online. Anda dapat mencari kereta yang dijual pemilik terus (direct owner). Kenapa perlu pemilik terus? Ini kerana mereka tidak pandai menipu. Anda boleh cuba mengorek rahsia keretanya atau menyoal apa saja. Mana tahu pernah kemalangan? Bersembanglah dengan mesra mengenai kos senggara dan bengkel pilihannya selain bertanya mengenai alat ganti yang pernah atau baru ditukar.

Harga pemilik sebenar mungkin sedikit mahal, tetapi masih ada ruang rundingan. Tambahan lagi jika anda datang dengan kuasa tunai. Ingat, cash is king!

7. PERIKSA RUPA LUARAN & DALAMAN

Anda perlu cerewet sedikit walaupun bukan kereta baharu. Lihat luaran dan dalaman kereta. Warna kereta mungkin pudar sedikit, tetapi janganlah teruk sangat dan ada kemek di sana sini. Kerusi biarlah bersih dan tiada kesan tompokan air tumpah merata-rata.

Jika ada, minta diskaun. Cucian dan gilap menelan belanja hingga RM200. Cat penuh seluruh badan kereta memerlukan RM1K – RM2K, manakala upah mengetuk badan kereta bermula serendah RM150 ke atas (ikut tahap kemek). Minta kurang harga jika pemilik tidak mahu betulkan.

8. PERIKSA KELENGKAPAN & PERALATAN

Sila pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:

  • Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus, lampu kabin (di siling) dan amaran (hazard light)
  • Penyaman udara
  • Hon
  • Radio dan pemain cakera padat (CD)
  • Hendal pintu dan glove-box (laci dashboard)
  • Tuil atau penetap cermin sisi
  • Suis tingkap kuasa
  • Soket 2.4V / palam pencucuh rokok
  • Tuil tangki minyak, bonet dan but
  • Pelaras kerusi dan tali pinggang keledar
  • Tayar simpanan dan kotak alatan (tools box)

9. PERIKSA ENJIN

Jangan terus hidupkan enjin. Ada 2 peringkat perlu diperiksa.

Peringkat 1, buka bonet dan pastikan:

  • Tiada kesan minyak bocor
  • Tiada kabel sambungan elektrik reput atau terputus
  • Tiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh, haus dan rosak
  • Tiada bahanasing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.
  • Tiada bahanasing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat, ada serbuk besi, dan lain-lain).

Peringkat 2, hidupkan enjin dan pastikan:

  • Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam (seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain).
  • Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.
  • Tekan minyak pada 3,000rpm, 4,000rpm dan 5,000rpm. Setiap tahap dibuat secara ligatan (rev) enjin, iaitu tekan hingga mencapai tahap rpm diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter rpm untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar (tidak tersekat atau terbatuk).

10. PANDU UJI

Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting, termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.
  • Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.
  • Redah kawasan tidak rata. Sama juga, dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.
  • Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng, dan sistem suspensi.
  • Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear (1-5/6) dapat ditukar lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. Pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.

11. BAWA MEKANIK

Jangan lupa bawa bersama formen atau mekanik yang biasa dengan kita semasa membuat review.

Semasa bawa mereka, jangan lupa bagi duit belanja untuk mekanik. Biar keluar kos RM 50 daripada menanggung kerugian beribu ringgit

12. Realiti Kereta Terpakai

Terima kekurangan dan kelebihan kereta yang kita pilih kerana tiada kereta di dunia ini yang 100% sempurna waima dari jenama Ferrari sekali pun.

Pastikan kereta yang dipilih tadi mempunyai point kebaikan melebihi keburukan semasa membuat keputusan.

13. NEGO SAMPAI JADI

Kalau sudah puas hati, apa lagi. Rundinglah sampai jadi!

RINGKASAN

Membeli kereta terpakai memerlukan sedikit usaha. Jika anda tidak yakin untuk melakukan semua ini secara sendiri, bawa mekanik yang dipercayai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara mohon online guru kontrak dg41

CARA MOHON ONLINE GURU KONTRAK DG41 2021 (TARIKH TUTUP 10 OKTOBER 2021)

cara buka akaun asb anak

CARA NAK BUKA AKAUN ASB ANAK : Panduan Nak Daftar Akaun ASB Anak di Pejabat Pos