SKIM MySALAM 2022 : CARA SEMAK KELAYAKAN DAN STATUS BAYARAN
Pada tahun ini, skop mySalam telah diperluas meliputi tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung. Bagi tahun 2022, skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan
penerima mySalam yang layak.
Ramai yang telah menerima SMS tentang kelayakan Skim Perlindungan Masyarakat MySalam. Adakah anda faham apa sebenarnya manfaat dan faedah yang diperolehi jika layak Skim MySalam?Bagaimanakah nak check MySalam?
Baca Juga: CARA CLAIM MySALAM 2022
SENARAI MANFAAT SKIM MySALAM
Berikut adalah senarai manfaat jika layak menerima Skim MySalam:
Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Bagaimana jika saya tidak menerima SMS kelayakan MySalam?
Anda boleh cuba buat semakan kelayakan di portal MySalam.
Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.
Bolehkah saya membuat tuntutan disebabkan Covid-19?
Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.
Bagaimanakah cara buat tuntutan MySalam Covid-19 untuk pesakit/dikuarantin KKM & kediaman sendiri?
SEMAKAN STATUS MySALAM
Berikut adalah cara buat semakan status MySalam:
Layari https://www.mysalam.com.my/
Sila masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda sengkang.
Klik SEMAK
MAKSUD STATUS MYSALAM TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA
Sekiranya terdapat status ini bermaksud maklumat terkini yang didapati oleh pihak MySalam adalah belum diaktifkan bagi tahun 2022.
Anda dinasihatkan untuk menunggu kelulusan BKM untuk membuat semakan semula status MySalam.
SOALAN LAZIM
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Macam mana nak check status tuntutan MySalam?
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my
Adakah dimaklumkan jika lulus/gagal tuntutan MySalam?
Ya,mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Jika saya self-quarantine,layak ke menerima bayaran?
Tidak. Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk buat tuntutan MySalam Covid-19?
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan adalah seperti berikut:
1. Jika anda positif Covid :
Nota discaj yang mengesahkan diagnosis
Salinan IC depan belakang
2. Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di Pusat Kuarantin :
Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
Salinan IC depan belakang
3. Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di kediaman sendiri :
Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
Salinan IC depan belakang
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut atau check MySalam,boleh menghantar e-mel di [email protected] atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.