SOALAN CONTOH SAINS UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM
UKKM ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang layak. Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2022, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini. Peperiksaan ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM. Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki. Untuk pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Suka diingatkan bahawa keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Calon adalah diminta untuk menyemak status tawaran menduduki ujian dari masa kesemasa melalui pautan berikut :-
Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4
Baca Juga: SOALAN CONTOH UKKM MRSM 2022 (UJIAN KEMASUKAN MRSM)
SYARAT-SYARAT PEMILIHAN PELAJAR MARA
Antara syarat utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2022 adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).
Untuk makluman anda,MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.
FORMAT UKKM SAINS
- 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
- 30 soalan berbentuk objektif
SOALAN CONTOH SAINS UKKM MRSM/SOALAN RAMALAN SAINS UKKM MRSM
Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.
Berkenaan soalan Sains, ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.
Walau bagaimanapun, soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih bertanya ke arah:
- Apa yang akan terjadi?
- Apa yang kita perlu buat?
Gambar dibawah adalah contoh soalan sains ukkm :
INFO LANJUT & PERTAYAAN
Sila emel kepada [email protected]. Layari Portal Rasmi MARA
Hubungi :03-2613 2000
Emel:[email protected]
Baca Juga: SOALAN CONTOH UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM