JAWATAN KOSONG FELCRA BERHAD
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Felcra Berhad membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: CHECK BKM FASA 1 : (SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)
PENGENALAN
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.
JAWATAN KOSONG FELCRA BERHAD
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
MAKLUMAT JAWATAN
- PENGURUS PERTANIAN GRED BAND 3(A)
Gaji permulaan: RM2,600/sebulan - EKSEKUTIF PERLADANGAN GRED BAND 1(A)
Gaji permulaan: RM1,800/sebulan - PENOLONG EKSEKUTIF PERLADANGAN GRED A & T2
Gaji permulaan: RM1,320/sebulan
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana
- Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat;
CARA MEMOHON
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun di portal rasmi FELCRA Berhad atau DI SINI.
Borang yeng lengkap kemudiannya hendaklah dilampirkan bersama resume, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta gambar berukuran pasport terkini.
Borang permohonan dan semua lampiran juga hendakhlah diubah kepada bentuk Portable Document Format (PDF) dan dihantar ke alamat e-mel: [email protected] dan [email protected].
Tarikh tutup permohonan pada 15 MAC 2022 (SELASA).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.