CARA CLAIM MySALAM 2022
APA ITU MySALAM COVID-19
MySalam merupakan inisiatif untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan takaful yang merangkumi golongan berpendapatan rendah secara percuma.
Skim ini dijalankan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat
Baca Juga: PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN 2022 : BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA RM3000
MANFAAT MYSALAM
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
SEMAKAN KELAYAKAN
Bermula pada 1 mac 2019, mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS. Anda juga boleh membuat semakan kelayakan secara online iaitu:
- Layari portal rasmi mySalam: https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Masukkan no kad pengenalan ( tanpa tanda sengkang )
- Tekan Semak .
- Status kelayakan anda akan terpapar.
CARA CLAIM MySALAM 2022
CARA TUNTUTAN MySALAM COVID-19
Individu yang dimasukan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.
Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal boleh mebuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal
Layari https://www.mysalam.com.my/
Log masuk ke portal MySalam
Proses TUNTUTAn mySALAM COVID -19
- Klik Tuntutan diikuti oleh Penyerahan Tuntutan
- Klik Tuntutan Hospitalisasi bagi:
1.Pesakit Positif Covid-19;
2.Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM; atau
3.Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri - Isikan butiran:
1.Tarikh masuk wad/mula kuarantin muat turun dokumen
2.Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
3.Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin) - Muatnaik Dokumen
1.KP depan & belakang
2.Nota discaj (kemasukan wad sahaja), atau
3.Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
4.Dan klik Lampirkan - Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan permohonan anda akan diproses
- Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai kami
- Semakan status tuntutan boleh dilakukan dengan klik pada butang STATUS TUNTUTAN
MAKSUD STATUS MYSALAM TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA
- Sekiranya terdapat status ini bermaksud maklumat terkini yang didapati oleh pihak MySalam adalah belum diaktifkan bagi tahun 2022.
- Anda dinasihatkan untuk menunggu kelulusan BKM untuk membuat semakan semula status MySalam.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Hubungi 1 300 888 938
Emel ke [email protected]
Layari www.mysalam.com.my
Makluman kepada individu kategori bukan penerima Bantuan Sara Hidup (M40) yang layak menerima mySalam ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi laman web mySalam
Tututan positive covid-19