EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022 : CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN DAN SEMAKAN
Untuk makluman kepada ibu-bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun, ingin daftarkan anak ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2023, anda boleh buat permohonan dan daftar secara online.
Tarikh Penting
- Tarikh dibuka : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
Baca juga disini: CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150: Permohonan & Syarat Kelayakkan (BAP)
CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN DAN SEMAKAN EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan cara permohonan atau pendaftaran dan semakan eprasekolah
Fungsi ePrasekolah
Sejurus perkembangan semasa teknologi, KPM telah memperkenalkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memberi kemudahan kepada ibi-bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bakal memasuki prasekolah secara online.
Cara Permohonan
1. Layari portal rasmi ePrasekolah KPM https://eprasekolah.moe.gov.my/
2. Kemudian Daftar dan Log masuk (isi maklumat yang diminta dengan tepat dan kengkap)
3. Seterusnya, setelah selesai daftar dan log masuk, lengkapkan maklumat yang diminta
- Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
Kemaskini maklumat & cetak permohonan
4. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 beserta dokumen yang berkaitan.
Semakan Status Permohonan
Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2022.
Berikut adalah status keputusan permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Butiran Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected]