BANTUAN BUJANG RM350 : CARA MOHON BANTUAN BUJANG RM350
Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui bajet 2022, dengan bantuan tunai maksimum sebanyak RM 2000 untuk mengurangkan beban orang yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa peruntukan BKM sebanyak RM8.2 bilion akan memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima, termasuk keluarga yang mempunyai tiga atau lebih anak, dengan purata pendapatan bulanan kurang daripada RM2500 sebulan.
Baca juga disini: BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021
BANTUAN BUJANG RM350
NOTA: Buat masa ini permohonan Bantuan Bujang RM350 akan dikemaskini untuk informasi baru mengenainya pada masa yang akan ditetapkan
Permohonan Melalui Borang
- Borang Permohonan BKM 2022 dijangka adakan diperolehi kelak di;Portal Rasmi BKM LHDNM https://www.hasil.gov.my/
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Syarat Kelayakkan
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan - Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan - Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
Bujang
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Nilai Bantuan RM350
Warga Emas/ Tiada Pasangan
- Pendapatan RM5000 dan ke bawah
- Nilai Bantuan RM600
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi Khas Bajet 2022 https://budget.mof.gov.my/ms/