in

CARA BAYAR BIL IWK ONLINE & SEMAKAN eBILL Indah Water Konsortium(Guna Maybank2u/CIMB CLICK/JomPay)

CARA BAYAR BIL IWK ONLINE

CARA BAYAR BIL IWK ONLINE & SEMAKAN eBILL Indah Water Konsortium(Guna Maybank2u/CIMB CLICK/JomPay)

Dalam kehidupan sekarang, terdapat pelbagai bil utility yang perlu dijelaskan secara bulanan. Perkhidmatan Indah Water adalah salah satu bil yang perlu dlunaskan oleh setiap pelanggan.

Bagaimanakah cara bayar bil IWK online?

Terkini anda tak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke kaunter hanya untuk membayar bil Indah Water. Anda kini boleh bayar bil IWK secara online dengan menggunakan aplikasi Cimbclick Maybank2u dan JomPay.

Pernahkah anda membayar bil IWK secara online? Jika tidak, di sini kami kongsi cara bayar bil IWK online/ atas talian.

Pengenalan Indah Water Konsortium Sdn Bhd

IWK adalah syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Cara Bayar Bil Indah Water Menggunakan Maybank2u

  1. Buka laman Maybank2u.com
  2. Sila masukkan username dan password Maybank2u.
  3. Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
  4. Pilih Pay Fromdari akaun yang Anda mahu.
  5. Paye To: Pilih Payee
  6. New Payment: Pilih Indah Water Konsortiumatau pilih sesuai kawasan Anda.
  7. Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil IWK
  8. Account No: Masukkan no akaun pada bil air Anda.
  9. Effective Date: Pilih tarikh terkini.
  10. Klik butang Pay
  11. Request TAC
  12. Selesai

Cara Bayar Bil Indah Water Menggunakan Cimb Clicks

  1. Buka laman cimbclicks.com.my
  2. Masukkan username dan password CIMB Clicks Anda.
  3. Klik Pay & Transfer
  4. Pilih JomPAY
  5. Masukkan kod JomPAYdi bahagian To (Enter Biller Code). 68502
  6. Ref-1:Masukkan nombor akaun pembentungan
  7. Ref-2 : Masukan nombor telefon/alamat e-mel
  8. From: Pilih Accountyang mahu Anda gunakan untuk bayar.
  9. Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
  10. Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
  11. Klik Make Payment
  12. Request TAC
  13. Selesai

Cara Bayar Bil Indah Water Menggunakan myBSN

  1. Log masuk myBSN
  2. Klik Bill Payment
  3. Pilih Utilities
  4. Payee Name, Pilih Indah Water Konsortium
  5. From Account, Pilih account mana yang ingin Anda gunakan untuk bayar.
  6. Bill Account No, Pilih New Bill Paymentlalu masukkan no account bil IWK.
  7. Amount, Masukkan jumlah bill yang mesti di bayar. klik Submit.
  8. Request TAC.
  9. Klik Submit, selesai

Cara Bayar Bil Indah Water Menggunakan Bank Islam

  1. Log masuk Bankislam.biz
  2. Pilih Pay & Transfer
  3. Klik Pay
  4. Pay From: Pilih akaun bank Anda.
  5. Pay To: Pilih JomPAY
  6. Biller Code:Biller code 68502 Anda. Klik Enter
  7. Ref-1:Masukkan nombor akaun pembentungan
  8. Ref-2 : Masukan nombor telefon/alamat e-mel
  9. Pay Amount:Masukkan jumlah duit yang mesti di bayar.
  10. Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
  11. Klik Requestuntuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit Anda.
  12. Selesai

Cara Bayar Bil Indah Water Menggunakan JomPAY

  1. Log masuk ke internet banking Anda melalui komputer, laptop atau telefon.
  2. Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
  3. Biller Code (wajib) : 68502
  4. Ref-1:Masukkan nombor akaun pembentungan
  5. Ref-2 : Masukan nombor telefon/alamat e-mel
  6. Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.

Cara Semak Bil Indah Water

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat semakan bil IWK anda :

Muat turun aplikasi IWK e-bill di Google Playstore dan App Store atau daftar melalui portal ini : fhttps://www.iwk.com.my/e-bill?bclid=IwAR2irMg8LygUyfbs9Spt1Z4RuXBfoYA4z0i0hCXm5yMIN_CWhdbuNIAfxpY

Tekan Member & eBill Registration.
Isikan maklumat Sewerage Account Number.
Masukkan Alamat Emelanda yang aktif.
Isikan Namapenuh anda.
Isikan Nombor IC.
Masukkan Nombor telefonbimbit yang aktif.
Tekan Register

Sama juga macam aplikasi lain, anda boleh tambah akaun dengan hanya pergi ke Manage Account dan masukkan Sewerage Account No sahaja. Selesai!

BACA JUGA DISINI

eprasekolah.moe.gov.my (Permohonan dan Semakan Keputusan Prasekolah KPM)

SOALAN LAZIM

Saya telah menjual kediaman saya kepada orang lain, macam mana proses pernukaran bil IWK?

Anda perlu mengirimkan sesalinan Surat Perjanjian Jual-Beli yang menunjukkan tarikh perjanjian ditandatangani, nama pembeli dan penjual, alamat harta dan tandatangan semua pihak yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan maklumat pemilik pada Akaun Pembetungan premis tersebut adalah betul dan tepat.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE

    TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE(Permohonan e-Janji Temu Bank Rakyat)