in

CARA MOHON ONLINE ZAKAT MAIDAM TERENGGANU: Langkah & Syarat Kelayakkan Untuk Memohon

CARA MOHON ONLINE ZAKAT MAIDAM TERENGGANU

CARA MOHON ONLINE ZAKAT MAIDAM TERENGGANU: Langkah & Syarat Kelayakkan Untuk Memohon.

Apa itu Zakat?

Zakat Berasal dari perkataan Arab “al-zakat” yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang , subur, bertambah dan sedekah.

Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.

Apa itu MAIDAM Terengganu

MAIDAM pada asalnya dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, telah ditubuhkan pada tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah bentuk bantuan dikhaskan buat pemohon yang berasal dari negeri Terengganu yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

Baca juga disini: CARA MOHON BANTUAN RM400 DAN RM200 RAKYAT TERENGGANU: Panduan Register Inisiatif Bantuan Khas Covid

CARA MOHON ONLINE ZAKAT MAIDAM TERENGGANU: Langkah & Syarat Kelayakkan Untuk Memohon.

Berikut akan dikongsikan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk dibawah:

Syarat Kelayyakan Zakat MAIDAM

Terdapat 8 jenis asnaf yang layak menerima bantuan zakat MAIDAM iaitu:

a) Faqir

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

b) Miskin

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kecemasan / Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

c) Amil

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Ambilan Terus oleh Amil
  • Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

d) Ar-Rigab

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
  • Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

e) Al-Gharimin

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

f) Fisabillilah

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
  • Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
  • Bantuan Pendidikan Dalam Negara
  • Bantuan Pendidikan Luar Negara

g) Ibnu Sabil

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
  • Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

h) Muallaf

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Saguhati Memeluk Islam
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kelas Bimbingan
  • Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
  • Bantuan Pengajian Muallaf

Cara Permohonan Zakat MAIDAM

Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian

  1. Permohonan boleh dilakukan secara online.
  2. Pilih borang permohonan untuk download melalui http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.
  4. Cetak semua borang permohonan.
  5. Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.

Butiran Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di alamat berikut:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Telefon: 09-6303030
Faks: 09-6247917

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG DHL SDN BHD

JAWATAN KOSONG DHL SDN BHD – Pelbagai Jawatan Menarik!