CARA KEMASKINI AKAUN BANK GKP STATUS GAGAL KREDIT : UNTUK BAYARAN TERAKHIR BANTUAN 2021
Kepada pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang menerima status gagal kredit dalam status permohonan dan bayaran tidak dapat dilakukan ke akaun masing-masing kemas kini sudah boleh dibuat di laman portal GKP.
Oleh yang demikian, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk kemaskini akaun bank pemohon GKP bagi mereka yang menerima status Gagal Kredit ini.
Baca juga disini: SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
CARA KEMASKINI AKAUN BANK GKP STATUS GAGAL KREDIT : UNTUK BAYARAN TERAKHIR BANTUAN 2021
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan cara kemaskini akaun bank GKP, sila rujuk dibawah caranya:
Apa perlu buat sekiranya Tidak Layak kerana gagal Kredit Bayaran GKP
Bagi yang (Status Gagal) Mereka diberi peluang terakhir untuk kemas kini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi di menu
- Kemas kini No. Akaun pada Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my/
- Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan)
- Akaun berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon
Apa perlu buat sekiranya Pemohon tidak mempunyai akaun lain selain yang telah didaftarkan
- Pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut
- Akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
- Pemohon juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP) bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.
Apakah yang buat sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran semula GKP
- Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan / semasa kerana pembayaran semula GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja
Tarikh kemaskini maklumat Akaun Bank
Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal GKP https://gkp.hasil.gov.my mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.
Tarikh pembayaran semula GKP akan dilakukan bagi status Gagal Kredit
- Pembayaran semula GKP akan dilakukan selepas tamat tempoh permohonan kemas kini maklumat Akaun Bank. Tarikh sebenar pembayaran semula GKP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.