CARA DAFTAR LALAMOVE : PERMOHONAN RIDER RAKAN PENGHANTAR 2022
Apa itu Lalamove
Lalamove pada asalnya diasaskan oleh Chow Shing-yuk, yang merupakan CEO untuk syarikat ini. Ia adalah perkhidmatan penghantaran on-demand dengan menggunakan aplikasi.
Pengguna boleh dihubungkan dengan penghantaran perlbagai barangan yang dihantar dengan kenderaan yang dipandu oleh rider yang terlatih.
Lalamove telah bertapak dalam industri teknologi pengangkutan logistik sejak Disember 2013, kini sudah mempunyai cawangan di beberapa buah negara di Asia, iaitu China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Baca juga disini: CARA NAK GUNA LALAMOVE: Panduan Daftar Dan How To Use Khidmat Lalamove Malaysia.
CARA DAFTAR LALAMOVE : PERMOHONAN RIDER RAKAN PENGHANTAR 2022
Berikut akan dikongsikan maklumat dengan lebih lanjut, sila rujuk dibawah:
Download Aplikasi Lalamove Rider/Driver
Pastikan anda sudah memuat turun aplikasi Lalamove (rider/driver) terlebih dahulu di Google Playstore atau App store
Syarat dan Kelayakan Lalamove rider
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif (Lesen P)
- Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
- Mempunyai motorsikal sendiri.
Cara Daftar Lalamove Rider/Driver
- Layari laman web rasmi https://www.lalamove.com/ms-my/driver. dan tekan Daftar
- Kemudian masukkan Nombor Telefon anda yang aktif, tekan Seterusnya
- Masukkan Nombor Pin yang anda terima di telefon anda
- Seterusnya isikan Maklumat yang diperlukan pada Borang Pendaftaran (Nama Penuh, Nombor Telefon, Email, Jenis kenderaan, Jenama kenderaan anda.
- Jawab Soalan yang tertera:
– Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes.
– Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
– What is your postcode? (Poskod tempat tinggal anda)
– Training Location (Pilih lokasi latihan anda)
– Date (Pilih tarikh untuk anda menjalani latihan)
– Time (Pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut)
– Address (Tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan) - Tekan butang Thank You, dan Pendaftaran anda selesai
Waktu Training Sebelum Kerja Lalamove
Bagi anda yang memilih untuk menjalankan latihan , berikut merupakan hari dan masa yang anda boleh hadir untuk menjalankan latihan (kecuali pada cuti umum dan hari Ahad):
- Isnin hingga Khamis : 10:00AM, 1:00PM & 3:30PM
- Jumaat: 11:00AM & 3:00PM
- Sabtu: 1:00PM & 4:00PM
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.