in

CARA DAFTAR MASUK KOLEJ KOMUNITI MENERUSI ONLINE : PENGAMBILAN TAHUN 2022

CARA DAFTAR MASUK KOLEJ KOMUNITI MENERUSI ONLINE

CARA DAFTAR MASUK KOLEJ KOMUNITI MENERUSI ONLINE : PENGAMBILAN TAHUN 2022.

Panduan buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kolej Komuniti Sesi Mac, Jun Dan Disember 2021 yang memaparkan maklumat pautan borang, tarikh penting dan cara memohon.

Apa itu Kolej Komuniti?

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sejarah Penubuhan

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Baca juga disini: CARA DAFTAR KURSUS POLITEKNIK: Panduan Permohonan Politeknik sesi 2021/2022 Secara Online.

CARA DAFTAR MASUK KOLEJ KOMUNITI MENERUSI ONLINE : PENGAMBILAN TAHUN 2022.

Kaedah dibawah adalah manual penting dalam membuat Permohonan sesi ambilan 2021/ 2022 yang antaranya memaparkan kaedah memohon, sila rujuk:

Tarikh-tarikh penting Permohonan Kolej Komuniti

Tarikh yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan eBorang dibuka : 1 November 2021
  • Borang Permohonan eBorang ditutup : 16 Disember 2021
  • Semakan Panggilan Temuduga : 21 Disember 2021
  • Sesi Temuduga : 22 hingga 30 Disember 2021
  • Semakan Keputusan Permohonan : 13 Januari 2022
  • Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 13 Januari 2022
  • Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 28 Januari 2022
  • Semakan Keputusan Rayuan : 4 Februari 2022
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : 13 Februari 2022

Cara Permohonan Kolej Komuniti 2022 Online

Melalui UPU Online

  1. Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti telah dibuka dari bulan Februari sehingga April melalui Permohonan UPU Online.
  2. Pemohon harus membeli No. Pin Unik UPU terlebih dahulu di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengakses borang secara online.

Melalui e-Pengambilan Kolej Komuniti Online

Pemohon boleh layari secara atas talian melalui pautan seperti berikut:

Borang Online Kolej Komuniti

Butiran Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat di bawah:

Dan sebarang pertanyaan melibatkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (kursus-kursus pendek) boleh dirujuk di laman sesawang:

Untuk maklumat lanjut sesi Julai, pemohon boleh merujuk di

Itu sahaja maklumat yang dikongsikan, semoga bermanfaat.

@

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG TNB ENGINEERING

JAWATAN KOSONG TNB ENGINEERING