SIJIL HALAL MALAYSIA MYeHALAL(PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM ONLINE)
Apa itu Halal
Halal ialah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Sebagai contohnya, berjalan, tidur, meniduri isteri, makan haiwan yang telah disembelih dengan nama Allah.
Istilah ini dalam kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.
Sedangkan dalam konteks yang lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut hukum Islam (aktiviti, tingkah laku, cara berpakaian dll).
SIJIL HALAL MALAYSIA MYeHALAL(PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM ONLINE)
Apa maksud Logo Halal Jakim
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
- Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
- Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Kategori Untuk Memohon
Permohonan sijil halal terbuka untuk 9 kategori, anda memohon sijil halal untuk kategori-kategori dibawah:
- Produk makanan dan minuman
- Produk kosmetik
- Produk farmaseutikal
- Premis makanan
- Produk barang gunaan
- Perkhidmatan logistik
- Rumah sembelihan
- Pengilangan kontrak/OEM
- Produk peranti perubatan.
Syarat Memohon
Perniagaan yang memohon perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan:
- Perniagaan mestilah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jakim yang menentukan kategori sesuai untuk sijil halal yang dipohon berdasarkan kod syarikat di SSM.
- Memiliki lesen atau kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Perniagaan mestilah mengeluarkan atau mengendalikan produk yang Halal sahaja.
- Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum buat permohonan sijil halal.
- Nama syarikat atau produk mestilah tidak mengandungi perkataan Halal sebagai sebahagian dari nama untuk mengelak kekeliruan pada orang Islam.
Baca Juga Disini : SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM SECARA ONLINE: Panduan Check Keputusan Halal Jakim secara Atas Talian.
Cara Mohon Sijil Halal
Langkah pertama peniaga boleh mohon sijil halal terus dari Jakim, Jabatan Agama & Majlis Agama Negeri
Berikut adalah cara menghantar permohonan:
- Daftar terlebih dahulu di portal rasmi MyeHalal.
- Kemudian Login ke MyeHalal dan setelah itu isi butiran seperti yang dikehendaki. Sebagai contoh, jika sijil yang dipohon adalah untuk premis makanan, perniagaan itu perlu pastikan nama menu yang didaftarkan sama seperti yang dipaparkan di tempat makan.
- Seterusnya hantar dokumen berikut secara online di MyeHalal (Tidak boleh lewat dari 5 hari bekerja setelah permohonan dihantar).
- Setelah itu, Jakim akan berurusan terus dengan perniagaan tersebut (Tanpa melalui pihak ketiga seperti konsultan).
- Bayar yuran yang ditetapkan (Harus dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja atau dalam tempoh yang ditetapkan selepas terima makluman).
- Setelah diluluskan perniagaan tidak dibenarkan ubah pendaftaran syarikat dan buat penambahan produk, menu, premis makanan atau perkhidmatan.
- Perniagaan perlu buat permohonan baru jika butiran ini berubah.
- Pengecualian diberikan pada perniagaan dibawah kategori premis makanan (untuk situasi ini, perniagaan tersebut perlu buat permohonan penambahan menu).
Dokumen diperlukan
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Perniagaan (SSM),
- Salinan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).
Bayaran Sijil Halal
Peniaga juga tidak perlu bayar kos lantik orang tengah (konsultan) sebab salah satu syarat permohonan ialah hantar sendiri permohonan.
- Yuran Pemprosesan: RM20
- Yuran Pensijilan:
Bergantung kepada kategori sijil yang dipohon, contohnya.
- Untuk premis makanan seperti kantin, cafe, bakeri dan restoren RM100.
- Untuk hotel pula, jika 3 bintang dan kebawah hanya RM200, manakala hotel 4 bintang ke atas hanya RM500 saja.
- Untuk dapur berpusat (perniagaan yang mempunyai centralised kitchen) dan pendapatan tahunan perniagaan kurang dari RM3 juta, RM100.
Butiran Lanjut
Sekiranya anda perlukan bantuan segera, sebaiknya anda terus hubungi Jakim
- Talian 03-88925000/5001 (Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM)
- FB Hab Halal Jakim. JomHalal
- Jika anda memohon melalui Jabatan atau Majlis Agama Negeri berhubung terus dengan cawangan tersebut.