SEMAKAN STATUS GKP 4.0 (TARIKH BAYARAN GKP 4.0)
Apa itu GKP 4.0?
Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) iaitu nayaran RM1000 telah diluluskan kepada 1 juta usahawan yang berdaftar, selain membantu Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) semasa pandemik
Terkini, Perdana Menteri Dato’ Ismail Sabri memaklumkan bahawa bayaran kedua Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) akan dibuat bermula 23 November 2021
Perkara berikut dimaklumkan melalui media sosial rasmi Twitter dan Facebook Perdana Menteri Dato’ Ismail Sabri
Baca juga disini: CARA DAPATKAN KATA LALUAN BANTUAN KHAS COVID BKC JIKA TERLUPA HILANG
SEMAKAN STATUS GKP 4.0 (TARIKH BAYARAN GKP 4.0)
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.
Permohonan baharu GKP 4.0 seperti diumumkan di bawah Pakej PEMULIH telah dibuka mulai 15 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021 bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
Pembayaran GK 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500)
Cara Semakan Status GKP 4.0
Pastikan anda telah berdaftar sebagai pengguna dahulu sebelum buat semakan status
- Langkah pertama layari laman web rasmi : https://gkp.hasil.gov.my/
- Kemudian log masuk sebagai pengguna, masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan
- Seterusnya status anda akan dipaparkan samada layak atau tidak menerima.
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan dengan bantuan kerajaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat, semoga perkongsian ini mendapat manfaat.
Butiran Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia