RHB ONLINE BANKING : (DAFTAR/LOGIN/SEMAK BAKI)
Apa itu RHB Bank
RHB Bank Berhad merupakan sebuah bank perkhidmatan kewangan dan pelaburan Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur.
Ia mengkhusus di dalam perbankan perdagangan, korporat, perbankan pelaburan dan perkhidmatan perbankan antarabangsa.
RHB Bank merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan 200 pejabat di Malaysia dan seluruh wilayah itu (sehingga 2002). RHB ditubuhkan pada 1997, berikutan penggabungan DCB Bank dan Kwong Yik Bank.
Apa itu RHB Now
RHB Now merupakan sebuah platform perkkhidmatan perbankan atas talian/perbankan online (online banking) yang dibangunkan oleh RHB Bank demi memudahkan pelanggan RHB Group melakukan pelbagai urusan mereka tanpa perlu pergi ke cawangan atau mesin ATM yang terdekat.
Baca juga disini; CARA DAFTAR AMBANK ONLINE BANKING: Panduan Register & Log In Perbankan Internet
RHB ONLINE BANKING : (DAFTAR/LOGIN/SEMAK BAKI)
Cara Daftar RHB Now Online
- Langkah pertama pergi ke laman web rasmi https://logon.rhb.com.my
- Pada bahagian kanan laman, di bawah (I am a first-time user), klik I want to Register.
- Kemudian anda dibawa ke bahagian First Time User Registration. Pada bahagian (Select your card type) pilih ATM/Debit Card. Next.
- Seterusnya, pada ruangan ATM/Debit Card No. masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM/Debit anda.
- Kemudian, pada ruangan ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor pin akaun bank anda. dan Next.
- Selanjutnya , cipta Username, Password dan pada ruangan Confirm Password, masukkan semula kata laluan yang anda ingin gunakan.
- Untuk Secret Word, cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
- Kemudian, baca terma dan syarat sebelum mendaftar. Selesai baca, tick pada kotak tersebut.
- Kemudian, tekan butang Next dan Pendaftaran anda berjaya.
Cara Log In RHB Now Online
- Buka aplikasi RHB Now di telefon anda
- Klik Next
- Pastikan ‘Secure word’ sama masa kita daftar tadi, kemudian masukkan password.
- Ok dah boleh login menggunakan RHB Mobile Apps!
Cara Semak Baki Akaun RHB Bank Online
- Buka laman https://logon.rhb.com.my
- Masukkan username dan password
- Pilih menu My Account
- Pilih menu Account Balance
- Maklumat baki Anda akan terpapar di skrin dan Selesai