JAWATAN KOSONG JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Jabatan Laut JLM membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: APPLY MYBKM : PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
PENGENALAN
Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza.
Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia di bawah Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang pertama iaitu YBhg. Dato’ Kapten Haji Ahmad Bin Othman.
Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.
JAWATAN KOSONG JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
Senarai Jawatan yang ditawarkan :
1.PERSONEL MySTEP (PMS)
Maklumat Jawatan Kosong:
Tarikh tutup permohonan :Rujuk Iklan
Lokasi : Rujuk Iklan
Sektor : Kerajaan
Syarat Kelayakan
- Kelulusan Minimum :SPM/SPMV
- Status Pelantikan :Tetap/kontrak
- Berumur 18 tahun dari tarikh permohonan di tutup
- Mahir berkomunikasi
- Calon hendaklah telah melengkapkan dos vaksin covid-19 (Sila kemukakan sijil vaksin)
Cara Memohon Jawatan
Kepada mereka yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:
- Resume;
- Gambar berukuran pasport;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan sijil akademik;
ke alamat emel: [email protected] / [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 25 JANUARI 2022, SELASA.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.
JAWATAN KOSONG JABATAN KERAJAAN TEMPATAN -Pelbagai Jawatan Menarik!