DAFTAR VAKSIN : CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 SELAIN MYSEJAHTERA. Cara daftar Vaksin COVID 19 untuk pendaftaran & register online serta temujanji untuk rakyat Malaysia termasuk astrazeneca, pfizer, sinovac. Selepas setahun berlalu nampaknya kes covid 19 di Malaysia semakin belum nampak kesudahannya. Jumlah kes terus melonajk tinggi pada ketika ini sehingga rakyat terpaksa mengikut arahan perintah kawalan pergerakan pkp dan perintah kawalan pergerakan bersyarat pkpb supaya virus tidak terus menular. Akibatnya industri dan perniagaan yang lumpuh dek kerana musibah covid 19 ini di Malaysia. Rakyat Malaysia berharap sangat agar musibah ini kembali reda seperti sedia kala. Harapannya dengan ada bantuan covid 19 dapat mengekang virus ini daripada terus merebak dan rakyat Malaysia dapat berurusan seperti biasa selepas daripada ini.
Baca juga : CARA DAFTAR MBSB ONLINE
CARA DAFTAR VAKSIN GUNA MYSEJAHTERA
Terdapat 2 cara daftar vaksin melalui MySejahtera :
- Pendaftaran Baharu (Jika anda belum lagi download/muat turun apps MySejahtera)
- Daftar melalui website vaksin Malaysia ( Jika anda ingin mendaftar lagi melalui website
Untuk Pendaftaran Baharu
- Pastikan anda sudah muat turun/download apps MySejahtera
- Masuk ke apps Klik Tutup untuk ke Menu Utama
- Klik ‘Vaksinasi COVID-19’ untuk pendaftaran baharu
- Klik pada maklumat anda ‘Vaksin Untuk Nama Anda’ untuk langkah seterusnya
- Pastikan butiran peribadi anda betul dan klik Sahkan
- Jika ada kesilapan klik Edit untuk kemaskini semula
- Klik OK untuk langkah berikutnya
- Klik Seterusnya
- Klik Di Sini untuk pertambahan maklumat bagi pendaftaran
- Jawab setiap soalan yang diberikan kemudian klik Hantar
- Klik OK pendaftaran anda telah dikemaskini
- Sila rujuk gambarajah di bawah untuk kepastian
CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 MELALUI WEBSITE
- Masuk ke : https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
- Tulis Nama dan Umur anda
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Sahkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Sila masukkan Nombor Telefon dan sila Sahkan Nombor Telefon anda
- Sila masukkan Negeri yang anda berada dan untuk terima vaksin
- Masukkan Email anda (jika ada)
- Jawab soalan 1 hingga 3
- Masukkan Alamat Rumah, Daerah, Poskod, Negeri anda berada
- Tekan i’m not a robot dan pastikan tick
- Tekan Hantar jika anda sudah pastikan semua maklumat yang diisi adalah benar dan betul
SOALAN LAZIM
Saya telah mendaftar untuk vaksinasi. Berapa lama perlu saya menunggu untuk mendapatkan temu janji saya?
Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu. Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.
Bilakah saya akan tahu butiran mengenai temu janji saya?
Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam tempoh dua minggu ini, penerima vaksin akan diberi peringatan sama ada melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.
Nombor Customer Service Daftar Vaksin
Anda boleh hubungi talian hotline 1800-888-828
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CARA DAFTAR SSM ONLINE EZIBIZ SEPANJANG TEMPOH PKP 2021 | Semakan Keputusan