in

DAFTAR KELAHIRAN ANAK : ONLINE JPN

DAFTAR KELAHIRAN ANAK

DAFTAR KELAHIRAN ANAK : ONLINE JPN

Berita baik bagi semua yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara online, terutamanya dalam tempoh pandemik ini.

Pengenalan JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Baca juga disini: EKASIH ICU GOV MY DAFTAR : SEMAKAN DAN PERMOHONAN

DAFTAR KELAHIRAN ANAK : ONLINE JPN

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

  • Langkah pertama layari Portal JPN https://www.jpn.gov.my
  • Pemohon boleh klik di bawah menu Perkhidmatan Dalam Talian (anda boleh terus scan QR code di poster di bawah).
  • Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  • Pemohon boleh melakukan pendaftaran di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk ke sistem.

Klik pada butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar kali pertama) atau boleh juga (Klik Log Masuk jika anda sudah mendaftar)

  • Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  • Pengguna baru mesti mengisi dengan lengkap dan tepat kesemua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran

Isi Nama Penuh dan lengkapkan dengan nama yang sama seperti di kad pengenalan dan;
Alamat emel yang di berikan mestilah wujud bagi tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun anda.

  • Pengguna akan menerima emel dari [email protected].
  • Untuk aktifkan akaun sila klik pada butang tertera.
  • Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang telah diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu

Mencipta Kata Laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (Captcha) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.

  • Sekiranya berjaya sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  • Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Kemudian pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk. daftar-kelahiran-online-jpn

Cara Isi Borang Daftar Kelahiran Online JPN

  1. Pengguna perlu membaca kesemua terma & syarat yang telah disenaraikan oleh JPN.
  2. Jika pengguna setuju dengan terma & syarat yang disenaraikan, klik pada butang Setuju
  3. Sila lengkapkan borang yang disediakan dan tekan butang Seterusnya.
  4. Teruskan dengan klik butang pada Daftar.
  5. Lengkapkan status Taraf Perkahwinan anda dan tekan butang Daftar.
  6. Pengguna akan dipaparkan Paparan berjaya didaftarkan dan sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  7. Maklumat penting bagi pemohon, sila hadir dalam masa 60 hari ke pejabat JPN berdekatan setelah mendaftar online.

Butiran Lanjut

Maklumat lanjut cara pendaftaran kelahiran secara online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, anda boleh hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di nombor berikut:

Talian Pejabat : 03-8000 8000

Layari : https://www.jpn.gov.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UPKK

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UPKK : MPKAFA 2021 MELALUI ONLINE ATAU SMS